Saturday, November 21, 2009

entah berapa kali airmata ini harus mengalir mengenangkan nasib percintaan aku bersama dia...aku sebenarnya sudah tahu penghujung hubungan kami tetapi mengapa aku masih mahu memberikan dia harapan.....aku tidak sanggup untuk melukainya tetapi itulah yang selalu aku lakukan apabila aku tak dapat mengawal amarahku...mengapa dia yang Kau takdirkan mencintai aku tuhan...jujur aku tidak pernah tergamak untuk menyakiti dia walau sekelumit pun...apatah lagi aku menjadi orang yang akan menghcurkan impiannya selama ini.....aku terpaksa memilih 1 hubungan yang perlu aku pertaruhkan lebih penting dari perasaan aku selama ini apabila aku berdepan sesuatu perkara yang diluar jangkaan aku...namun untuk menyakitinya sahaja aku tidak mampu tatkala mendengar lirih suaranya...tadi kerana lancang berbicara akhirnya aku mengeluarkan satu kata-kata yang amat menghris hatinya...aku tahu betapa berdosanya aku meminta dia mencari sahaja orang lain...di dalam hati aku menangis akhirnya terkeluar juga ayat itu dari mulut aku walau selama ini akku berusaha dari mengujarkan kepadanya tapi tadi aku tewas....aku tahu aku telah melukakan dia lebih dari segala perbuatan aku selama ini...Ya Allah..kenapa aku harus diuji begini....dia terlalu baik untukku.....aku terlalu kejam padanya...mengapa dia harus terus bersabar dengan sikapku...kami sama sama menangis...aku tak sanggup berpisah dengannya..apatah lagi memberitahu dia keputusan yang akan aku ambil..walau aku melakukan solat istikarah sekalipun dia yang Tuhan munculkan untuk aku..aku yakin keluarga akan tetap tidak akan menerimanya....ditambah sekrang aku juga dihimpit oleh janjiku pada seseorg yanng amat aku hormati agar meninggalkan dia.....Ya Tuhan....mungkin ini balasanMU terhadap aku yang banyak melakukan kesalahan....walau aku sudah temui true love aku namun aku perlu mengembalikan cinta itu kembali kepadaMu kerana Kau lebih berhak terhadapku....YaAllah..aku benar-benar mencintai lelaki ini...dia tidak pernah meninggalkan aku apatah lagi membuat aku bersedih....dia menjadi sumber kekuatan aku...namun berlainan negara,budaya..memjadikan cinta kami cinta yang tak sempurna....aku sudah tidak berdaya untuk meneruskannya lagi.....bagaimana aku ingin berterus terang padanya apa yang aku akan lakukan....aku takut dia kerana aku dia tidak berdaya..aku takut kerana aku dia lemah..aku takut kerana aku dia tidak percaya lagi wujudnya cinta yang suci dihati nurani seorang perempuan....aku tidak mahu menjadi penyebab untuk segala kekecewaan yang dia rasa..walau sekeliling mendesakku dengan bertubi-tubi..menyalahkan aku memberi harapan padamu..tapi aku benar-benar tidak mahu kehilangan dirimu..bagaimana aku ingin menghadapi perpisahan denganmu....Ya Tuhan...ingin sahaja aku membelakangkan segala kepentingan aku didunia kerana aku ingin hidup bersamanya tapi fikiran waras masih berbenteng.aku masih punya ibu yang mengharapkan aku..demi tuhan aku tersepit dengan semua ini....untuk dia yang aku cinta ketahuilah walau apapun kesudahan hubungan kita...kau lah satu-satunya lelaki yang aku tahu mencintai aku setulus hatimu.,...sayang aku menangis apabila aku melukai hatimu...aku menangis apabila aku marah padamu....aku menangis apabila aku rindu padamu...itu semua kerana aku mencintaimu....dan apa yang membuatkan aku lebih mencintaimu kerana kau sedar semua yang aku lakukan untuk menyakitimu tidak akan berjaya..katamu semakin aku marah padamu semakin aku akan mencintaimu.....yea..aku tahu semua itu namun kau juga mennyedari sikapku itu...kau terlalu memahamiku dan kerana itulah disetiap penghujung panggilan aku akan menangis...menyesali kekasaran aku terhadapmu....tapi kau sedikitpun tidak pernah berkasar dengan aku...aku benar-benar menyesal dengan sikapku terhadapmu...kerana itulah aku selalu tewas untuk melepaskan dirimu....sayang kau benar-benar aku cinta..bagaimana aku ingin bersamamu...aku benar-benar tidak tahu...kini kita hanya melalui cinta terhalang...andai nyawa dapat ditukar ganti dengan penderitaan yang kau lalui kerana mencintaiku aku rela memberikannya kepadamu.....aku tidak sanggup membiarkan kau menangis keranaku....mengapa kau terlalu mencintai aku..mengapa...kalau aku tahu begini pnghujungnya aku lebih rela kau menyakiti aku sepertimana lelaki lain buat padaku...walau kau tak sempurna tapi hatimu sejuta kali lebih sempurna dari lelaki lain yang penah datang dalam hidupku...sanjoy gosh..u are my soul..my heart....i

Sunday, October 25, 2009

esok aku akan memulakan kehidupan baru iaitu akan bermulanya kerjayaku sebagai seorang guru...jujurnya aku masih belum bersedia kerana masih banyak yang belum aku pelajri lagi bagi memperlengkapkan diri unutk menjadi seorang guru...ermm minggu lepas sekali lagi aku pergi ke klang rumah sahabat baikku...kak ja....ingtakan ingin pergi sekejap sahaja tetapi desakan kak ja agar aku lama sedikit di rumahnya membuatkan aku mengalah....aku sendiri pun terfikr ape la salahnya aku lama sedikt di rumahnya....lagipun sebelum ini setiap kali ke rumahnya aku hanya singgah sebentar jikapun ttidak...aku datang dengan tujuan bertemu si dia yang berada di shah alam....ermm yang pasti aku rasa happy dapat menemani kak ja...skrng dia pregnant 3 bulan..hehe..bila bersama dia..terimbas kembali kenaklan kami sewaktu di tanjung malim....ingatkan selepas habis belajar takkan merasa lagi naik scooter nyer.tapi ternyata kak ja jugak merindui masa-masa kami study...malam tu kami berdua ke pasar malam menaiki scooternyerr...mengimbaas kembali memori dulu.....selain itu jugak...pada hari yang sabtu itu..aku,si dia dan kak ja bersama-sama berjalan-jalan di jaya jusco klang.....dan yang lawaknye..masa berjalan tu...bukan si dia yang memegang tangan aku sewaktu berjalan tetapi kak ja yang memeluk lengan aku...kesian jugak pada si dia kerana mengalah tetapi begitu lah aku bersama kawan baikku......ermm di samping itu jugak..pada hari aku pergi ke rumah kakak aku...aku singgah sebentar di shah alam...untuk bertemu si dia yang aku sayang....

Thursday, October 8, 2009

SeMiNggU yAnG LaLu.........

ermmm apa aku nak cerita eak..sebenarnya aku ingin menceritakan aktiviti aku seminggu yang lalu...aku,iena,siti and my lovely sanjoy...pergi ke rumah my best freinds haliza di klang....apa yang menariknya selama 2 hari aku ditemani oleh si dia...kemana sahaja aku pergi dia sedia menemani...erm sanjoy....nama lelaki yang kini bertakhta dihatiku.bagiku kini dialah yang terakhir....andai aku tidak dapat bersama dia...bagiku inilah sahaja cinta terakhirku..aku benar benar capet sih...pergi rumah kak ja...membawa 2 orang sahabatku iaitu iena dan siti..memandangkan kedua-duanya mengenali kak ja....pada mulanya aku hanya ingin pergi bersama sanjoy namun di saat akhir iena membuat keputusan untuk balik serawak jadi aku bercadang biarlah mereka pergi bersama aku..mereka juga tentu ingin melihat rumah kak ja dan suaminya danny...dan aku pula tujuan datang adalah untuk memperkenalkan temanku sanjoy kepada kawan baikku itu...pada petang khamis itu..aku,iena.siti dan sanjoy..window shoping di alamanda..best sngat rasa....si dia sungguh sporting..walaupun dia malu-malu pada mulanya dengan iena dan siti tapi ku lihat dia cuba untuk menerima sahabat-sahabatku...kemarahankku sebelum ini rasanya sudah cukup untuk buat dia sedar yang aku mahu dia bergaul dengan rakan-rakanku dan bukan hanya menerima aku seorang...dalam pada itu ku lihat temanku sanjoy menyembunyikan kesedihannya di dalam hati..aku tau betapa sedihnya dia nanti saat perpisahan kami tiba...aku akan balik ke pahang..dan dia juga akan dihanar bekerja di shah alam....kerana itulah aku ingin memnafaatkan selama 2 hari kami sama untuk kami bergembira....3 bulan mengenalinya sudah cukup membuatkan aku mengenali lelaki bernama sanjoy gosh ini.... jiwanya lembut..pantang terusik....sudah beberapa kali aku melihat dia menitiskan airmata keranaku...dia berusaha agar kami tidak berpisah namun demi kehidupan di msa akan datang..aku perlu meninggalkan dia seketika namun aku berjanji tidak akn sekali-kali melupakannya ....salah satu tangisannya yang takkan aku lupakan adalah sewaktu dia menemani aku ke klinik...pagi itu dia menaiki bas yang sama denganku..pada mulanya dia ingin menemani aku namun tidak disangka di dalam bas itu kami ketemu kawannya...aku tau banyak yang ingin dia bualkn bersama temannya itu...lalu aku meminta dia pergi dahalu ke putraya sentral...tak perlu temankan aku..lagipun aku mybe lama....aku berjanji akan menelefonnya apabila aku sudah siap bertemu doktor..dia dengan berat hati melepaskan aku pergi sendirian...tapi sewaktu aku turun dari bas, aku aku teringat hansetku ada padanya...bagaimana aku ingin menelefonya....takperlah nanti dah siap aku pergi je putraya sentral tu..dia mesti ada kat sana...dan alhamdulillah aku tak perlu menunggu lama unutk bertemu doktor...orang tak ramai pada hari tersebut so cepatlah angka giliranya berjalan...sstelah selesai mengambil ubat..aku ke setesen bas..aku ingin cepat-cepat bertemu sanjoy..entah mengapa hati ini terlalu merinduinya...sedang aku menunggu dari jauh ku lihat sebuah bas...ermm aku teragak-agak ingin naik..bas itu mungkin terus ke presint 14 dan tidak ke putrya sentral namun aku tersenyum apabila melihat si dia di dalam bas itu..dia ingin turun tapi aku memberi isyarat tak payah...biar aku naik...setelah membayar tambang..aku mengambli tempat di sebelahnya..dia terus bertanyakan keadaan aku serta nelihat ubat-ubat yang aku dapat...ketika itu aku sudah melihat dia seperti ada sesuatu yang disembunyikan...hatiku dapat merasakan....dia mengengggam tanganku erat...namun tidak memandang kearahku....aku rasa lain lalu aku memandang ku luar tingkap.....memohon diberikan kekuatan untuk mneghadapi dirinya.....aku biarkan dia melayan perasaannya ..aku tidak ingin menggangu..namun aku sendiri yang terganggu pabila aku menyedari dia menitiskan airmatanya namun cepat-cepat mengelapnyatidak mahu aku melihat dia dalam keadaan itu...dia masih tidak mahu berbicara....hanya memandang wajahku..sesekali airamatanya gugur....pantas aku mengesatnya.." jangan menangis sayang....aku tidak sanggup melihat kau bersedih..."itulah yang terucap dalam hatiku...itulah salah satu kenangan aku bersamanya yang takkan aku lupakan....
aku dan dia...ermm nk tau tak tempat dating yang paling aku suka...aku dan dia suka sangat naik bas pusing-pusing putrajya....duk dalam bas pun cukup dh...kadang-kadang dia pun geleng kepala dengan perangai ku yang suka naik bas tu..tapi kerana sayangkan aku dia turutkan juga..ermm bukannya mahalpun....setakat 50 sen tu....aku tak suka nak g dating kat alamanda coz lama nak tunggu bas....oklah masuk balik part g rumah kak ja..perjalanan selama 2 jam..dari putrajaya sentral ke pasar seni naik rapid kl adala dalam setengah jam...kemudian beli tiket di komuter kl...tunggu train dalam 10 minit...dan kemudian bila dalam train dlam 1 jam..sedar2 dah sampai klang dekat kul 8 malam...kak ja datang amek kami 4 orang..suami dia danny takde kat rumah kerana pergi johor..sebelum tu aku bertnya dulu..bolehke aku membawa sanjoy..sedangkan suami dia tiada di rumah namun kak ja cakap danny tau dan bagi...lega hati aku..aku tak mahu kak ja dapat dosa dengan membenarkan lelaki bukan muhrim masuk kerumah dia..siti dan iena lainlah sama-sama perempuan..no poblem kan'....malam itu aku dan kak ja memasak bersama-sama..kami masak tempoyak ikan,sambal udang.sup sayur dan sedikit ulam-ulam...ermm kegemaran kak ja la tuh...si dia yang aku sayang itu sunggun pemalu..sewaktu makan dia sedikitpun tidak bercakap..apa yang kawan aku tnya dia hnya balas dengan senyuman..nasiblah kak ja faham..dia cakap danny pun mcam tu lah jugak dulu...so aku pun fahamlah..tapi germa jugak hatiku ini...takkan nak jwab sedikitpun tak reti...oklah habis setakat itu sahaja....esoknya kami semua balik...sampai di kl..aku menyruh si dia balik dulu ku putrya kerana aku,iena dan siti masih mahu berjalan-jalan lagi..dan dia melepaskan aku tanpa susah hati kerana ade iena dan siti bersamaku...kalu aku ssorang mampus dia tak bagi..risau sangat aku jadi bukan-bukan...so aku dn 2 orng sahabtku itu berjalan sakan...kami ke midvalley jalan-jalan...di sana adelah membeli 2 pasang jeans...hampir pukul 7 baru kami smpai di pasar seni....naik bas kul 7...si dia yang aku sayang lak..cakap nk tunngu aku kat putraya central...so sampai je putrjya sentral...dia sudah siap menunggu sambil membawa plastik berisi 3 tin air teh kundur yang dia tahu menjadi kegemaran aku....kebrikan 2 botol kepada iena dan siti...iena yang membeli roti boy di midvalley tadi memberikan kami roti tersebut..aku share dengan sanjoy...ermnmm rasa penat sngat seharian berjalan...itupun sajoy masih mahu aku dan dia pergi jalan-jalan tapi aku cakap aku tak larat..aku nak balik..esok2 boleh jalan kan....itulah pengalaman minngu lepas yang aku takkan lupakan sebelum aku kembali kepahang...selama 3 bulan di putraya..aku telah mendapat cinta dari dia...dan sebelum kami bercinta terlalu banyak halangan yang perlu aku tempuhi...bukan seperti dia yang hanya menungggu aku sahaja melakukan tindakan...segalanya bermula apabila menyedari aku mencintainya....cinta kami baru ingin berputik namun siapa sangka temannya juga mencintaiku....niatku yang pada mulanya ingin berterus terang dengan sahabatnya itu bahawa aku tidak boleh bersamanya telah bertukar menjadi lain....dalam keadaan terpaksa aku menerima temannya itu...kerana tidak sanggup melihat dia mencederakan dirinya demi aku....sanjoy yang ternampak aku keluar berdua dengan temannya sungguh marah...sejak dari itu dia langsung tidak mahu memandangku....malah mendekati aku juga dia tidak mahu...selama 2 minggu terseksanya aku rasakan dengan sikap dia...di hadapan temannya aku tidak pernah menjkkan wajah sedihku..namun di dalam hati ini hanya tuhan sahaja yang tahu betapa aku merindui lelaki itu....betapa egonya dia taidak mahu memaafkan aku....walau pelbagai cara telah aku lakukan unutk memujuknya....akhirnya mungkin kerana terlalu merindui wajah dan senyumannya..aku jatuh sakit....aku demam...saat itu perasaan aku padanya tawar,,kerna dia aku sakit begini....lalu aku pergi berjumpa temannnya...aku mengadu bahwa aku sakit..dan temannya itu ingin membawa aku ke klinik...aku menolak...aku masih mampu bertahan...aku cuma mahu seseorang menemani aku...dan tanpa aku duga temannya itu yang tidak menaruh sebarang syak wasangka terhadap kami telah memberitahu kepada sanjoy mengenai sakitku,dan ku lihat buat pertama kalinya dia memandangku dengan pandangan yang sudah lama aku rindukan setelah selama 2 minggu tidak memndangku..tidak mempedulikan aku...mmebiarkan sahaaj aku menanggung segalanya sendiri...membuatkan aku jadi lali tanpa dia dan cintanya lagi...aku tidak perlu simpati dia...dan aku tak perlukan dia....sewaktu aku ingin mengambil tanda tangannya...dia bertanyakan kesihatanku....namun aku tiada hati ingin menjawab......tahukah dia.aku sakit kerana dia..kerana dia yang tidak mempedulikan aku..apa dia ingat cinta temannya terhadapku mampu menghilngkan cinta aku terhadapnya...arghh saat itu aku tidak ingin dia...aku segera berlalu..ermm cerita itu masih belum habis disitu....akhirnya kerana tidak mahu menipu diri sendiri lagi....aku meminta putus dari temannya...aku tidak peduli jika sanjoy juga tidak mencintaiku...sekurang-kurangnya nnti aku bebas...tidak perlu lagi menjaga hati mereka..kejamnya aku saat melukai hati temannya itu...namun aku tidak peduli...aku dah tak tau nk berpura-pura mencintainya...dan aku tau semua yang aku buat itu akan diceritakan temannnya itu pada sanjoy...arghh aku tidak peduli..biarlah sanjoy menganggap aku perempauan jahat atau apa sahaja kerana mempermainkan hati temannya..yang pentng aku bebas...namun ak tahu sanjoy juga takkan dapat melupakan cinta antara kami,dia mencintaiku aku takkan marah dia jika tidak mahu menunjukkan cintanya padaku pada orang lain....aku tidak ingin memaksa..jika itu pilihan dia untuk melihat sahaja..aku sudah tidak peduli...lebih baik aku bersedirian..aku dah buktikan aku mencintainya dengan menolak cinta temannya yang melayan aku bak puteri raja hanya kerana aku mencintai sanjoy..bagiku cukuplah itu pengorbananku sehingga temannya itu membenciku....dan sekrang masa dia pulak untuk membuktdanikan cintanya pada aku jika benar dia mencintaiku.aku tidak mahu lagi dia berdiam diri....dan tanpa di sangka suatu hari dia mengajak aku makan tenghri bersamanya...aku bertanya pada dia tidakkah dia takut jika orang lain cakap dia bukan-bukan..dia hanya tersenyum...malu pulak aku rasannya tengok senyuman dia tu...sejak itu kami selallu keluar bersama....sehinggalah suatu hari dia tiba-tiba mengambil cuti sakit....aku pelik sedangkan semalam dia sihat sahaja..aku tahu dia mc kerana masalah kami..semua orng beckap pasal kami....orng mengata dia merampas aku dari temnnya..dan orng mengata dia mcam-macam...aku tau semua tuh...walau hati aku sakit kerana dia mc hanya kerana dengar mulut orang tetapi kerana sayang aku mengalah...aku pujuk dia..aku ckap..jangan peduli apa orng cakap...kita sudah saling mencintai sebelum kehadiran temannya lagi..aku mohon dia supaya jngan pedulikan cakap orang jika dia ikhlas mncintai aku....dan dia mengenggam erat tangankku sambil memohon maaf atas sikapnya.....sejak itu dia tidak lagi seperti dulu...setiap kali waktu rehat..aku wajib menemaninya....semua orang tahu time rehat aku dan dia..walau aku bnayk kerja sekalipun...aku kena rehat dengan dia...seboelh mungkin dia ingn mengumumkan kepada semua bahwa aku ini milik dia....dan nasiblah walau aku dan temannya itu sudah tidak bertegur sapa tapi aku lega temnya itu masih boleh menerima sanjoy....dan sehinggan benda ini ditulis..atas pertolongan sanjot....yang tidak mahu aku dan temannya itu tidak bertegur sapa telah berusaha memperbaiki hubungan kami....dan kerana sanjoy aku dan temanya itu kini boleh bercakap malah kami telah menjadi sahabt baik...itulah sanjoyku..seorang yang tidak mementingkan diri sendiri..walau tahu temannya itu menyukaiku nmaun dia tidak mahu kami terus bermsam muka..kerana sanjoy yakin cintaku pdanya takkan berubah..dia tahu aku hnya memilih dirinya..seterusnya kami melalui saat-saat bahagia bersama....i love u very much sayang....sayang u teach me much much thing..love..honest... pengorbanan...menghargai......

Tuesday, October 6, 2009

JiKalAu iA SeBuAh cinTa

Jika ia sebuah cinta…ia tidak mendengar…namun sentiasa bergetar….
Jika ia sebuah cinta…ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa..
Jika ia sebuah cinta…ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji
Jika ia sebuah cinta…ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha…
Jika ia sebuah cinta…ia tidak cantik namun sentiasa menarik…
Jika ia sebuah cinta…ia tidak datang dengan kata-katana mun sentiasa menghampiri dengan hati…
Jika ia sebuah cinta…ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata..
Jika ia sebuah cinta…ia tidak hanya berjanji..namun sentiasa cuba memenangi..
Jika ia sebuah cinta…ia mungkin tidak suci..namun sentiasa harmoni…
Jika ia sebuah cinta…ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan…
Jika ia sebuah cinta…ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan…

Wednesday, August 12, 2009

untuk dia

aku tidak pernah meminta perasaan ini..mengapa menatap kata-kata cinta dia pada puteri kesayangannya hatiku masih sakit...bukankah telah jauh aku tinggalkn kenangan kami dulu....tapi mengapa aku masih mahu memikirkannya...namun dengan satu nafas aku lega kerana ia tidak memberi ruang dan peluang dirinya lagi dalam hidupku....aku cuma sakit kerana terpaksa membencinya kerana ini bukanlah kehendak hatiku tapi diriku yang selama ini sentiasa menahan derita hanya kerana mencintai dirinya....lalu biarlah segalanya berakhir begini sahaja..aku tidak akan pernah memberi dia ruang dan peluang lagi untuk mendekati diriku ini setelah dia memlih untuk mencintai orang lain...untuk dia belajarlah unutk menghormati hak aku sebagai wanita....

Monday, July 6, 2009

BiArKaN SegAlAnYeR BeRaKhIR..............

Rasa itu…maafkan aku…………
Jam di pergelangan tangan sudah menunjukkan pukul 6.30 petang….malam ini haliza akan bernikah.…terbayang olehku wajah gembiranya..maklumlah itulah saat yang ditunggunya selama ini…cinta yang mendapat halangan kini telah direstui…akhirnya Allah temukan dia dengan kebahagian..aku sendiri terlalu gembira untuk mendoakan yang terbaik untuk majlis perkahwinannya ini…..duduk di tepi balkoni …memberiku peluang menikmati pemandangan senja…aku memang suka berkhayal..leka memandang keluar.…..aku sering melihat semua itu seolah-olah sebuah lukisan yang tidak bergerak..dari situ akku membayangkan diriku seperti melintasi segala susah payah perjalanan ini….entah kenapa waktu ini hatiku tergerak untuk mengingati detik pertemuan dengan seseorang yang amat aku cintai minggu lepas…masuk hari ini sudah seminggu segalanya berlalu tapi dia langsung tidak bertanya khabar… sikapnya yang tidak pedulikan hati dan perasaanku…nafasku rasa tertahan-tahan..terasa berat di dada namun seluruh kecekalan dipertaruhkan hingga aku berjaya mengepung kolam air mataku dari melimpah..hatiku terhiris sewaktu suara rindu bergema dihati….aku tiba-tiba terluka…….bunyi deringan hanset mengejukan aku..lelaki yang tidak aku harapkan lagi……….. kini memberi mesej kepadaku setelah seminggu pertemuan lalu….aku melihat nama yang timbul dihansetku…tiada hati ingin mengangkat panggilannya..aku menundukkan pandangan..hiba...tidak mahu untuk berfikir tindakan seterusnya..tahu tak dia betapa aku merindui dia selepas pertemuan lalu..tapi mengapa baru sekarang ingin hadir..setelah rindu itu ku pendam menjadi kesakitan….hambar dan tawar………kali ini aku benar-benar dapat merasa bagaimana hati yang terhiris…benar-benar terhiris…dua saat selepas itu aku terasa begitu membenci diri sendiri..betapa aku telah membodohkan diri sendiri dengan sesuatu yang tidak akan berhasil..sesuatu yang akan memusnahkan kecekalan yang selama ini aku bina untuk hidup tenang sebagaimana dirku sendiri yang telah ditakdirkan tidak mempunyai sesiapa…kini kecekalan dan ketabahan hatiku yang terbenteng kukuh mulai dirempuh angin yang ganas hanya kerana miscal dan mesejnyer….sehingga aku menarik nafas tanpa dapat merasakan apa-apa…..tiada rasa…
….aku senyum..aku ketawa..tapi jauh di sudut hati..rasanya hatiku tertinggal pada pertemuan lalu…aku mula faham kenapa Allah melindungiku dari bertemu dengannya lagi…aku faham..dan jiwaku mulai kosong apabila harapan tertitik disitu sebagai noktah!“Lailahaillallah….” Dan kalimah itulah yang telah menyiram berat di dada retak hatiku didalam terus aku sembunyikan. Dan aku..aku yang sedang memburu cinta yang tidak pasti..cintakah aku kepada lelaki itu.?benarkah aku mencintainya? Kalau tidak masakan aku merasa begitu terluka dan kecewa saat ini serta merasa tidak bermaya…..aku meraba-raba pipiku..rupa-rupanya aku sedar aku tidak merinduinya dengan harapan yang kosong..aku tidak mengingatinya dengan harapan yang kosong,,rupa-rupanya aku merasai semua itu kerana aku memang telah dianugerahkan dengan rasa cinta..tapi kenapa dia yang harus aku cintai..kenapa kepadanya aku merasakan begini? Ya Allah………..
Selepas menunaikan solat magrib..aku berniat untuk mengerjakan solat sunat taubat..tapi hatiku segera mahu menangguhkannnya dulu..nantilah bangun pukul 2 atau 3.. lalu kutahan-tahan keinginanku ahhh…untuk mengadu kepada Allah..hingga tiba saatnya aku rasa seperti nafasku tertahan namun sedaya upaya ku cuba bertenang….. aku gagal melelapkan mata..kegelisahan melanda hingga menganggu pernafasanku..aku benar-benar tidak tahan...perlahan lahan aku bangun dan mengambil wuduk..di dalam bilia itu aku memohon kepada Allah diberikan ketenangan…aku mahu berhenti berharap! Pergilah semuanya dengan rela….!pergilah….
Ya Allah sekiranya Engkau pertemukan kami untuk mendidik agar aku lebih menyayangiMu,maka hanya Engkau yang mampu membawanya jauh dari jiwaku…Hanya Engkau yang mampu melakukannya untukku……cintakah mereka padaku..bencikah mereka padaku?..semunya tidak akan terjejas padaku sekiranya Engkau mencintaku dan aku kekal mencintaiMu..Tetapi kini aku bnar-benar diuji olehMu….Apakah aku mampu melaluinya tanpa cinta manusia terhadapku…tanpa cinta orng yang aku cintaimu….hambaMu ini sedar Ya Allah..Engkau benar-benar mahu menguji hatiku! Tidak akan kutahu betapa lemahnya cintaku kepadaMu sekiranya aku tidak diuji begini..tidak akan aku tahu betapa aku lebih cintakan dunia dari pada mencintai Mu…sekiranya Engkau tidak membawanya pergi dari hidup dan mataku..tidak akan aku sedar hakikat diri yang sebenarnya Ya Allah…Ya Allah dalam hidupi ini terlalu besar dosaku padaMu…terlalu banyak maksiatku kepadaMu…sedangkan taubat yang sedang kepohon kepadaMu sering kemungkiri lewat lewat hati tergores..selalu kemungkirinya Ya Allah meskipun sewaktu memohon taubatku itu daku merayu kepadaMu..daku menangis meyesali dosa…tetap juga mengulanginya! hinanya diriku Ya Allah! namun dalam hidup dengan kelemahan dan kehinaan diriku itulah daku tetap memerlukan bantuan Mu untuk teruskan semunya kerana ada diantara yang berat yang Engkau timpakan padaku itu tidak mampu untuk kugagahi dengan secebis kekuatan yang ada padaku..terlalu banya kejadian dalam hidupku ini..tidak mampu untuk kugagahinya Ya Allah! Lindungilah diriku….lindungilah hatiku..!
Berilah lelaki itu kebahagian dan ketenanngan dalam hidupnya..meski telah hancur hati ini kerana dirinya..tapi semua itu datang dariMu…aku tersungkur dalam sujud yang disirami dengan air yang turun seseci rasa Jadikanlah lelaki itu dikalangan orang yang berbakti kepadaMu, kepada agamaMu….syukurku di tas pertemuan lalu..terima kasih kerana memberikan aku rasa yang manis dan pahit itu terhadap dirinya…terima kasih Ya Tuhanku..terima kasih kerana memberiku rasa derita ini agar aku lebih menyedari betapa jauhnya telah ku bawa hatiku dariMu….dan dari rasa cinta ini..Engkau telah memberikan aku nikmat yang lebih besar daripada nikmat cinta itu sendiri…terasa Engkau benar-benar hadir disisku..hadir bersamaku….dekat dengaku…Engkau berikan daku rasa itu dan Engkau telah mengambilnya kembali..sesungguhnya Engkau mahu memberitahuku betapa nikmat kembali kepadaMu lebih nikmat dari bersatu dengan insan yang amat aku cintai..daku telah merasakan betapa Engkau sebenarnya mahu mentarbiah diriku agar akhirnya ku merasai nikmat atas semua ujian yang telah aku lalui….terima kasih Ya Tuhanku..terima kasih kerana melindungi diriku dan terus mendidikku agar selalu memohon dan merayu kepadaMu…terima kasih kerana Engkau masih mahu melindung sekeping hati ku yang kotor ini …kurniakanlah ku rasa gentar setiap kali mengingatiMu..hadirkan rasa cinta kepadaMu dihatiku..muliakanlah dia…muliakanlah lelaki itu dan tetapkanlah kehidupannya di atas landasanMu….muliakanlah dia dengan ilmuMu…muliakanlah dia dengan iman dan takwa..selamatkanlah dia dunia dan akhirat….berikanlah dia ketenangan di samping orang yang dia sayangi dan berikanlah aku kekuatan untuk melalui semua ini.”
Sepatutnya begitulah..peperangan ini adalah peperangan batinku…cinta sehala yang aku lalui ini bukan salah sesiapa..pun bukan salah diriku kerana merasainya…..jauh lagi mahu menyalahkan dia yang tidak tahu apa-apa..aku marasai kasih kepadanya..dia tidak mahu menerimanya..bukankah cinta tidak boleh dipaksa..dia pergi..aku melupai..memang aku melupai tetapi aku hanya melupainya di mindaku…dijiwaku kadangkala datang..kadang-kadang akrab..tetapi aku perlu mengosongkankan mindaku daripada mengingatinya kerana aku perlu hidup bahagia dengan takdirku yang sederhana ini….tidak adil kiranya kuderitakan jiwaku hanya kerana mahu mengingati seseorang yang tidak mahu menghargai kehadiranku..yang tidak merasai kehadiranku..kerana itu sekalipun aku tidak pernah memanjatkan doa kepada Allah agar membuka pintu hatinya untuk ku apatah lagi berdoa dia menjadi milikku..tidak pernah aku berdoa begitu..aku hanya berdoa agar dia menjadi lelaki yang berjaya ,,dan berjasa suatu hari nanti kepada masyrakat..meski dia jauh dariku hanya setulus doa yang kukirimkan untuknya..dan doa itu akan tetap bergema diruang antara langit dan bumi selagi nyawaku ada….itu semua akan kulakukan demi membuktikan sesuci cinta yang tidak kupinta ini…
Tetapi hari ini..kenapa aku mesti terluka apabila mendapati dia sebenarnya sedang berbahagia di samping insan yang ditakdirkan untuknya?kenapa aku perlu membebankan semua rasa itu tidak patut ku bela?mengapa aku membiarkan hatiku musnah?aku tidak pernah berdoa untuk memilikinya,,tetapi kini apabila aku tahu dia sedang bahagia dengan seseorang..kenapa aku mesti terluka…kenapa mesti aku menderita?”,oh Tuhan! Berikanlah aku jawapan akan persoalan ini..jawablah suara hatku ini Ya Allah! jawablah sebelum kurebah dalam seksaMu…jawablah suara hatiku…………………….
Aku tidak memerlukan bantuan selain daripadaMu..selamatkahlah diriku ..selamatkan hatiku..selamatkan imanku yang tinggal separuh ini….jangan sesekali Kau putskan aku dari rahmatMu dengan ujian ini..janganlah Englkau sesatkan haluanku yang telah Engkau suluhkan dengan chaya…
Terimalah diriku kembali untuk mengasihi hanya diriMu..terimalah kembali diriku yang hina ini….terimalah aku kembali..terimalah aku kembali..terimalah Ya Allah,,kalau bukan Engkau yang mahu menerimaku yang lemah dan hina siapa lagi?tidak akan ada manusia yang dapat menerima kekurangan dan kehinaan dirku ini,tiada siapa yang lebih penyayang dan pemaaf selain daripadaMu untuk menerima diriku yang terlalu banyak dosa ini..tiada yang lebih pengasih melainkan Eangkau Ya Allah untuk mengasihi insan sehina dan seba kekurangan sepertiku ini…terimalah dirku yang hina ini….terimalah aku dengan cinta agar aku juga bisa mencintaiMu dengan setulus hatiku!kasihanilah dirku….kalau bukan Engkau yang mengasihiku siapa lagi..aku sentiasa sendirian melalui detik detik kepayahan hidupku..aku sendirian dalam merasai cintaiku..aku sendirian mencari bahagia..aku sendirian dalam segala-galanya….kali ini daku benar-benar merayu memohon kasihMu…terimalah diriku ini..aku tahu tidak kekal kasih manusia..tidak abadi kasih sesama manusia…semuanya palsu..semuanya adalah palsu..
Tetapi cinta yang aku rasai ini bukanlah yang aku minta.kalau kiranya ia adalah satu anugerah tenteramkanlah batinku menerima ujian ini..tenteramkanlah rohaniku untuk menerima kanyataan bahawa cintaku bukanlah milikku….kalau kiranya cinta yang kurasa ini adalah diluar keredaanMu adalah yang lahir dan terbit kerana nafsuku semata..maka jauhkanlah diriku daripada segala rasa seumpama ini..lenyapkanlah semuanya,,kuburkanlah semua rasa ini tanpa nisan tanpa tanda…sesunguhnya diriku benar-benar merasa seksa setiap kali merinduinya..terseksa setipa kali merinduinya….ku perlukan belas ihsan dariMu..tenteramkanlah hatiku…
Tiba-tiba aku merasakan bahawa aku tidak tega lagi untuk meneruskan hidup ini dibumi ini bersama makhluk-makhluk yanng ada di sekelilngkku selama ini….beratnya beban cinta ini..terlalu berat ia utnuk kutempuhi..terasa seperti berkecai jasadku….terlerai seluruh rasa dihatiku…demi manahan semuanya..akhirnya aku rebah untuk berjuang membunuh cinta yang telah lama sebati dalam jiwaku,….aku tersungkur dalam perjalanan mengusir seraut wajah yang sentiasa ku rindui…aku benar-benar tertewas dalam melawan rasa hatiku sendiri…Ya Allah bawakanlah aku azimat cinta ini agar aku tidak merasa terlalu derita walaupun tanpanya..lama aku berdialog dalam hatiku sendiri..mempersembahkan pertanyaan demi pertanyaan dan permohonan demi permohonan kepada Ya Allah…YaAllah..payahnya mahu memadamkan rasa rindu ini..ia telah lama bernafas dalam jiwaku! bagaimana lagu mahu kupujuk hatiku ini untuk bangkit semula..nikmat hidup terasa padam dari kalbuku..”astrafirullahhalazim” doa itu lahir dari hatiku yang paling lemah…dan iarmata yang mengalir telah mengaburi mataku..hatiku tarasa kosong..sunyi! sepi!tidak pernah kurasa begini sebelum ini..dan apabila sekali nama dia tertera di hansetku,,aku mula merasai bukan sahaja airmata yang mengalir dipipiku tetapi darah putih bersih mengalir dihatiku,,membuatkan seksa semakin menekan perasaan..aku cuba melupakan dia…tetapi mengapa dia selalu hadir……..aku menatap hanset itu lama..rindukah dia padaku…..ahhh…itu semua pertanyaan karut……aku cuba merapatkan kelopak mataku dan membukanya kembli..berharap agar air jernih yang bertakung dikelopak mata akan jatuh dan aku mampu membiarkan cahaya menerobos masuk kedalam anak mataku..namun air yang bergenang itu tidak mahu surut..bertakung..menitis..mengalir..bertakung menits dan mengalir lagi….sehingga semunya kelihatan kabur dipandangan…

“hafiz”! kusebut nama itu dengan nada suara yang lahir dari hatiku yang paling dalam..semakin aku berjuang untuk membuangya semakin aku gagal….jadi biarkanlah aku mengikut kata hati ini.menyebut namanya bertalu-talu..hingga akhirnya tangisan lukaku berhenti dengan sendiri….tergamaknya aku menghabiskan airmata aku menagisi akan cinta seorang lelaki yang gagal aku miliki? Tergamak dirimu wahai hatiku..tidakkkah engkau kasihani diriku? Mencintai sesama makhluk sehingga menderitakan batinku sebegitu teruk sekali? teganya dirimu merasakan begitu…betapa aku tidak pernah meminta perasaan sebegini..apalagi untuk mengharapkan rasa itu mekar untuk seseorng yang tidak mahu menerimnaya..tidak aku meminta semua ini…tapi rasa cinta ini memng hanya untuknya….ianya datang dariMu juga Ya Allah,,ia tidak akan datang untuk menyeksaku kalau bukan dengan izinmu,,dan bukahlah Engkau mahu memusnahkan diriku dengan seksaan ini melainkan Engkau mahu menunjukkan kasih dan sayangMu kepadaku,Engkau sengaja mahu aku merayu padaMu meminta melepaskan diri ini dari beban cinta ini…kalau tidak masakan Engkau memberikan daku rasa yang sesuci ini..kalau tidak ada cinta ini..kalu tidak wujud cinta sesuci ini..tidak ada derita dari hatiku..dan tiadalah tangisanku,,tiadalah juga rayuanku,,maka mulai detik ini didiklah hatiku,,,diriku..pandulah diriku untuk menyakini bahawa cinta ini Engkau berikan dalam bentuk derita supaya aku lebih dekat denganmu…supaya aku mengambil jalan pasrah kepadaMu..supaya aku memilih jalan yang mendekatkan diriku padaMu..lalu mulai saat ini biarlah kuteguk pahit suci cinta ini agar ia bisa memberi aku setulus keyakinan bahawa cinta manusia tetap membawa derita,,tidak kira samada orng yang kita cintai itu sedar atau tidak bahwa kita mencintainya ataupun dia mneyedarinya..cinta kepada dunia tetap membuat hati manusia menderita,,ia tetap membawa derita!percayalah wahai hatiku.percayalah!..................
Aku ingin memadamkan seraut wajah itu..bukan mahu membuang cinta ini..Cuma aku mahu mengubah hatiku..kalau benar Allah memberikan aku cinta ini sebagai sebuah anugerah..aku akan menjadikan aia sebuah anuguerah yang paling mahal dan berharga dalam hidupku,,akan kubiarkan cinta itu terus mengusaai sebahagian hatiku kalau benar ia tidak mahu pergi..tetapi yang ingin kubunuh ialah harapan…cinta tidak pernah menyeksa jiwa insan..harapan dan impian untuk memiliki itulah yang menyeksa sebenarnya…walau selama ini hatiku membiarkan sahaja bayangan dia dan kekasihnya mengusik hatiku seadaany a..kubiarkan dan kutinggalkan ia hanya di dalam hati…tetapi baru sekrang aku tahu….bila diuji dengan rindu yang teramat.aku tahu aku tidak pernah mencintainya dengan harapan yang kosong.baru aku sedar bawah aku juga berharap untuk memilikinya..ya cinta yang aku kurasai ini telah menjadikan hatiku berharap untuk memiliknya..terpaksa jugalah aku mengakuinya tanpa berbohong dengan hatiku sendiri bahawa aku memang mengimpikan untuk menjadi seseorang yang istimewa dihatinya..selalu mendapat perhatiannya…memang benar! Dan kini apabila sedar dirinya memang bukanlah untukku..terpaksalah aku lalui juga jalan derita ini..dan kini biarlah kubunuh harapan itu..biar hatiku mengerti,…punca utama kenapa menusia menderita adalah kerana mengharap..biarlah hatiku mengerti..
“aku tidak berniat membuangmu wahai cintaku..tetapi dirimu juga harus bersimpati kpadaku..tidakkah kau pun merasai luka yang sedang menjalar dalam diriku….dan sekali lagi aku hanyut dalam airmataku..apakan daya..walau berjuta kali aku menjauhkan dir darinya..setiap kali dia hadir..cintaku tidak pernah mahu surut….cintaku tidak mahu hilang…tidak sedar berapa lama aku harus begini…air jernih yang sentiasa bergenang dikelopak mata ini berhenti juga….mungkin kolam airmata aku telah kering..rasa sakit dan seksa didada masih terasa tetapi airmata sudah kahabisan..Lantara n itu setiap kali angin yang bertiup membawa ingtanku terhapa dia..aku tetap akan mengutuskan doa agar dia menjadi lelaki yang mulia..walau dengan siapa dia bersama..walau apa jua yang dia lakukan…aku tetap berdoa agar dia dilindungi dari segala kejahatan dan keburukan,,aku tetap mendoakan dia sebagai lelaki yang mulia di sisi Allah….kepada agama dan masyarakat..kerana yang aku cinta padanya bukanlah cinta unutk berdiam dan mendamba belaian mesra daripadanya..padaku aku mahu lebih daripada itu….aku mencintainya untuk terus mendoakannya sebagai lelaki yang mulia,,itu sahaja..itu sahaja yang kau harapkan walaupun jauh disudut hatiku aku tetap terkilan kerana tidak sempat mengukir sebuah cerita cinta dengan lelaki yang telah ditakdirkan cintaku untuknya..aku bertaubat..aku mahu bebas dari sebarang rasa yang hanya membelenggu jiwa..biarlah..biar namanyer tidak mahu padam dari hati ini..aku tetap bernafas juga..tetapi ini tidak bermakna aku akan terus lurus di jalan taubat ini…Ya Allah demiMu aku tetap memohon kekuatan dan petunjuk agar aku akan tetap segera kembali kepadaMu walau sejauh mana telah dunia bawa hatiku berlari…Aku cuba membuang wajah wanita yang menjadi suri hatinya sekrng….walaupun hanya gambar yang kulihat..tapi wajah bahagia terhadap 2 wajah itu tidak mahu padam..aku cuba lupa wajah wanita yang menghiasi taman cintanya..aku juga buang wajah-wajah yang pernah ku kenali….pernah kusayangi..yang pernah menyayangiku..yang telah susahkan aku…aku buang semunya..kukosongkan fikiranku..agar tidak akan dicalari lagi..

Wednesday, April 29, 2009

PeRiHaL kUcInGKU..........





ermm sok aku nak g putrajaya...yang sedihnyer ade kemungkinan besar my lovely cat maybe akan dibuang...ermm cedih aku rasa..puas aku cakap kat my mum jangan dibuang kucing tu but my mum tak nak dengar....aku lak takde kat sini mcm ner nak selamatkan dia dari dibuang..aku pelik tul..mak aku sejak dari awal2 lagi memng bencikan kucing tuh...dan my mum marah betul ngan aku sebab aku bagi kucing tu makan ayam.....sebalum ni selalunya tak penah2 aku ajar kucing-kucing aku makan ayam...tapi entah kenapa dengan yang sekor ni..aku suka betul bagi dia makan ayam..yang pastinya salah aku jugak sampai kucing tu jadi begitu..sampai kalu aku bagi makan ikan pun dia dah tak nak....ermm kesian kucing tuh..umah aku lak takkan la asyik nak makan ayam jerk...bengang la my mum..ari2 cakap ngan aku nak buang kucing tu....aku cedih la....kucing ni baik benor ngan aku..manja betui...aku panggil dia "eow sayang........." hehe sekali jek aku pggil macam tuh..confirm dia akan toleh kat aku..dulu saje2 panggil dia sayang last2 terus lekat...aku memng manjakan dia sampai aku lupa sikap aku tu akhrinya menyusahakan dia..my mum tak nak bela dia sebab takut dia makan anak ayam nnti...alahai kolot tul alasan mak aku...takkanlah dia nk kejar anak ayam lak...selama aku di kampung leh la aku selamatkan dia..tapi bagaimana dengan esok...belum pape lagi mak aku dah sound..aku g je nnti mak aku nak buang kucing tuh..geram jgak hati aku ni...tapi aku pun tak tahu nak wat cam ner...cian eow sayang..dah lah tak cukup kasih sayang..baru je berapa bulan dilahirkan mak dia dah bunting balik..hehe dan yang paling kelakarnyer..dia g kacuk ngan kucing siam sebelah umah aku yang berbulu putih..jadi adik2 tiri "eow sayang" aku ade 3 ekor...2 berwarna putih dan sekor lagi wana kelabu..ermm comei sangat...baru seminggu dilahirkan..dan baru pagi tadi baru aku sempat melawat anak-anak dia ..hehe tu pun bila emak "eow sayang" takde....mak aku cakap jangan tengok masa ibu dia ade,,takut dia bawak lari lak nnti...bengkek je aku dengar mak aku cakap gitu..yang 3 ekor ni dia sayang lak...sian sound aku lagi.." haaa yang ni biar aku jaga..aku bagi makan ikan blis je nnti..." mmag sakit hati aku dengar....jelas dan nyata" eow sayang" aku memang tak lma dh kat umah aku ni....cedih lagi hati aku ni....ermm masa aku ngah tulis blog ni.."eow sayang" aku ade kat kaki aku duk gesel2 badan dia....dia nak suh aku angkat dia duk atas riba....ermm boring la tuh..tadi aku yang kejutkan dia dari tido...ermm aku suka tengok perut dia yang bulat tuh...sebab tulah kalu dia tido kat kusi umah...aku selalu gosok-gosok perut dia..."eow sayang" marah benar aku wat gitu...selalunya dia akan gigit aku..gigit manja gitu...tak sakit pun ...tu lah yang beshnyer gurau-gurau ngan dia aku selalu ketawa melihat reaksi dan gelagat dia.....yang pasti aku tak tahu cam ner nak selamatkan dia dari dibuang....ok aku nak citer lak pasai adik tiri dia yang 3 ekor tuh...mmg comei habis..geram sungguh aku melihatnya....tadi pagi aku amek 3 ekor tuh aku letak tas katil...punyalah garangnyer..kecik2 dah nak marah aku sebab amek diaekor tak tas katil...nasib lah kecik lagi..takdelah aku takut sangat....lama gak aku nyakat 3 ekor adik beradik kecik tuh...hehe..ibu dia pun ngah takde masa tuh..jadi kemain lagi aku main2 ngan deme...........hehe...siap aku tangkap pic lagi....ermm macam tak caya jerk..dulu aku tengok best jerk jiran sebelah umah main ngan anak kucing diorang yang warna putih...2 ekor gak......tak sngka.... pandai lak kucing umah aku g kacuk ngan kucing sebelah umah aku yang wana putih tuh..sedar2 jerk dapatlah aku 2 ekor kucing kampung kacuk kucing siam wana putih..erm bulu dia kembang atau tak..tak tau lak aku...yang aku tahu memng comel habis n garang giler..asyik nak marah aku jerk 3 ekor tuh..aku pegang sikit pun kemain lagi wat suara garang.....hehehe..malam ni aku melawat 3 ekor kucing tu lagi...mula2 aku amek sekor tak tas katil...then aku nyakat la..biar dia takut..haha nak ketawa aku tengok sekor tuh...mmg garang la..wat suara marah gitu..hehe..aku baru nak amek sekor lagi..tak di sangka-sangka ibu dia ade la...terkejut beruk aku....pelagi cepat2 aku letak anak dia yang sekor aku amek itu....aku ketawa sendiri dengan gelagat aku...ermm bengung tul ngan kucing pun takut....
alaaa kalu aku tak g putrajaya kan best...leh aku jaga dan main ngan 3 ekor tuh...then kucing kuning(eow sayang) aku pun takde lah dibuang...ermmm takperlah akku serahkan tanggungjawab menjaga semua kucing itu di tangan mak aku....biarlah dia bela...mungkin bukan rezeki aku kot nak tengok ketiga-tiga kucing comei itu membesar..hehe...macam anak je............erm k lah sudah habis coretan aku mengenai kucing2 dirumah aku...hehehe..................