Saturday, April 25, 2009

kenangan lalu

ape yang aku coretkan di bawah adalah sisa-sisa kenangan dulu...saje aku menulisnya dulu....kini semuanya telah berlalu....membacanye membuatkan aku tersedar pernah suatu ketika dulu aku benar-benar mencintai seorang lelaki namun akhirnya aku sedar cinta itu tidak membawa kemana-mana.....

2 hb 4 2009 khamis

Segala coretan ku kini hanya tinggal kenangan ..sisa penderitaan itu hanyalah tinggal kenangan sahaja kerana aku kini boleh dikataan bahagia dengan pilihan yang aku buat..mungkin dia yang aku cintai akan gembira melihat aku bahagia dengan lelaki lain kerana aku tahu jauh di sudut hatinya dia mahu yang terbaik untukku....dulu aku sedih kerana dalam aku menyayangi lelaki lain tetapi aku tetap mencintai dia...aku sedih kerana tidak dapat meluapkan dia...namun kini apabila aku mula mencintai lelaki lain dan mula melupakan dia yang aku cintai namun perasaan sedih itu tidak hilang....entah kenapa aku sedih memikirkan perasaan cintaku terhadapnya telah beransur-ansur hilang....seolah-olah segala kesakitan yng aku alami sebelum ini hilng begitu sahaja...mana dendam penderitaan aku...??arghh nyata cinta aku terlalu rapuh selama ini..bukanlah terlalu kuat seperti yang aku anggapkan....untuk dia yang mungkin tahu coretan ini aku tujukan untukknya..ketahui lah aku tidak pernah menduga kehilangan perasaan ini terhadapmu...kerana aku benar-benar ingin mencintaimu setulus hatiku...nmaun sayangnya segala apa yang berlaku talah membuat ku kehilangan perasaan itu,,,,aku tahu memang itulah yang selama ini kau inginkan...kau ingin aku pergi jauh darimu...kau ingin aku bahagia bersama lelaki lain....kini aku mungkin telah temui kebahagian itu.....adakah kau turut gembira untukku.....


9 hb 4 2009 khamis

Entah mengapa..semakin aku menyayangi lelaki itu..lebih kerap wajah dia yang aku cinta bermain-main di minda..jujur aku terlalu merindui dirinya.....segala kenangan yang penah tercipta dulu..muncul satu persatu mengingatkan aku bahawa ku pernah terlalu mencintainya.....yer..aku terlalu mencintai dirinya....walau beribu perkataan sayang aku ucapkan pada lelaki itu namun tidak sedikitpun ia dapat menghalang hatiku dari merindui dia...dia sahaja yang aku inginkan..entah mengapa aku harus melalui semua ini...sedangkan dia kini tidak lagi mengingati aku....aku bukan tidak berusaha mencintai lelaki itu namun semakin aku cuba..semakin dia ade dalam fikiran ku....aku tidak pernah tenang menghadapi kemelut perasaan ini.... lalu sebagai jalan penyelesaian aku memilih untuk mengosongkan perasaan aku dan ternyata aku memperolehi sedikit ketenagan untuk berserah kepada tuhan sahaja untuk menentukan nasib dan takdirku dengan lelaki itu...walau aku tahu betapa dia ikhlas menerima dan menyayangi aku seadanya aku namun aku tidak boleh terus menipu diri bahawa aku ingin menyerahkan seluruh kehidupan ku padanya.....


.....pagi ini aku terlalu merinduinya...aku terlalu ingin mengenang kembali pertemuan pertama....segala-galanya begitu indah bagiku....semuanya berkaitan perasaan.....aku takkan melupakan debaran pertemuan pertama yang penah aku rasai sewaktu kali pertama ingin bertemu dengannya.....setiap detik dalam train komuter....adalah debaran yang mengasyikkan....dan debaran yang penuh kegembiraan......mungkinkah dia merasakan apa yang aku rasai sewaktu itu..ermm moga dia juga mempunyai perasaan itu.....andainya dia kembali mencari aku..aku akan menanyakan soalanya itu kepadanya.....kerana debaran itulah.. aku yakin dan pasti sehingga sekarang aku tidak mampu untuk membuang dia jauh dari hatiku...aku tidak pernah merasai debaran itu lagi sehingga sekarang walaupun aku sudah punyai lelaki lain......saat yang mendebarkan tiba jua...stesen bangi....disitulah kali pertama kita bertemu....aku begitu malu untuk melihat wajahmu...namun aku agak terkejut mlihat fizikalmu yang agak kecil...baru aku tersedar mungkin umurmu muda dariku.....namun semuanya telah terlambat..aku benar-benar telah jatuh hati padamu.....dan kita mengabdikan pertemuan pertama di putrajaya....namun semua itu kini hanyalah sisa kenangan yang tak mampu aku lupuskan....dan kini setiap kali mengingati putrajaya..seolah-olah ada satu perasaan yang tak mampu aku luahkan pada sesiapa dan apatah lagi pada dirku.....samada kenangan itu indah atau menyakitkan hatiku...aku tidak tahu....selagi aku boleh aku mahu mengelakkan dari pergi ke dataran putrajaya kerana di situlah terciptanya memori yang merantai hatiku padanya....bagaimana dengan dirimu..entah aku tidak tahu..kau mungkin tidak mengingati lagi pertemuan pertama itu....aku menulis semua ini kerana inilah luahan perasaan ku saat ini yang terlalu merindui kehadirannya dalam hidupku seperti suatu ketika dulu....sekrang sudah bulan 4..bukankah lagi 4 bulan cukup setahun usia perkenalan kita 24 hb 7 dan 2 ogos 2008..ermm tarikh terindah......sekrang aku hanya mampu menghitung hari-hari itu tanpa dirimu lagi....terseksanya hatiku..aku bersama lelaki lain tapi aku mencintai dirimu,,,aku dihimpit rasa bersalah namun aku tidak boleh meninggalkan lelaki itu kerana dia benar-benar memerlukan aku...tapi bagaimana dengan aku..perlukan aku hanya berserah pada tuhan menentukan hidupku..tiadakah ruang untuk aku menemui lelaki lain yang boleh aku cintai menandingi cintaku pada dia...aku tidak tahu....kehilangan dia suatu ketika dulu membuatkan aku tidak berdaya....namun kata-kata pujangga yang menjadi azimatku hingga kini akan sentiasa aku ingati.... “ jika kita merasakan hidup kita ini sudah tiada ertinya apabila kita kehilangan seseorang...janganlah kita melakukakn perkara yang sama pada orang yang mengharapkan kita....demi mereka yang memerlukan kita...kita akan mneeruskan kehidupan ini.... dan inilah jasa terbesar mereka terhadap kita...kerena mereka kita cuba bertahan kerana kita tidak mahu mereka kehilngan kita........”
Aku bukan tidak berusaha mencintainya..tetapi setiap kali aku cuba....aku gagal.....aku hanya mampu menyayanginya tetapi tidak mampu mencintainya...berdosakah aku jika aku meneruskan hubungan itu.....hanya berdasarkan sayang semata-mata....walau aku yakin aku mampu menjadi wanita yang dia inginkan namun redhakah aku dengan ketentuan tuhan ini....ermm setiap kali memikirkanya...setiap kali itu jugak aku teringatkan dia yang aku cintai.......hatiku kuat mengatakan “aku tidak mampu..aku tidak mampu..tuhan berilah aku petunjukmu....” lalu aku memilih menceritakan masalah ku pada Dia yang maha mengetahui lagi maha memahami....lalu aku juga lebih sedar tiada cinta ayang agung selain dari mencintai Dia......walau aku masih tidak dapat jawapan namun hatiku tenang kerana aku masih ada Dia yang ikhlas menyayangi setiap dari hambaNya...........................

Kini mengapa harus ade kekesalan kerana aku tidak berusaha merebut dia dulu...aku biarkan dia terbang bebas sehingga sesekali dia datang dan dan memberikan aku kelukaan demi kelukaan...kenapa tidak dulu aku semai kasih dan sayang aku padanya biar dia sedar yang aku amat mencintainya .....namun akhirnya aku sedar juga..cinta memang tidak boleh dipaksa..samalah seperti aku sekrang..aku hanya mampu menyayangi lelaki itu namun tidak mencintainya..begitulah juga jika dulu aku berusaha merebut hatinya....dia hanya akan mampu menyayangi aku tetapi tidak mencintai aku....tidak..aku tidak mahu seperti itu..aku bukan pengemis untuk mengemis kasih orang terhadapku.....walau aku terlau mencintai dirimu...aku harus terima yang dirimu tidak akan mencintaiku...lalu segala persoalan yang aku utarakan tadi terjawab dengan sendirinya ..lalu untuk apa lagi kekesalan ...ia hanya mainan perasaan.........

Bagaimana dengan persahabatan yang cuba kau bina denganku...bagaimana dengan hubungan adik dan kakak yang cuba kau semai denganku.....setiap kali kau cuba membinanya dan setiap kali itu jgak aku meruntuhkannya....aku tidak pernah mahu menerima niat baik dia.....sekali lagi aku mengadu pada Tuhan.....aku tahu suatu hari nanti dia akan kehilangan rasa sayangnya pada ku apabila seringkali aku mengahncurkan niat baik dia....walau aku takut semua itu akan berlaku tapi akhirnya aku cuba menerima ....dia berhak kehilngan perasaan itu kerana aku yang tidak mahu menghargai peluang yang dia ingin berikan.....lalu terpujuk hatiku dengan kesedaran itu.....Segala yang aku lakukan adalah hanya memujuk hatiku sendiri....untuk menerima kehilngan itu.....walau setiap detik dan waktu aku merinduinya.........


Perasaan yang terbiar....perasaan yang tanpa hala tuju.....

10 hb 4 2009

Pagi ni aku merindui dirinya lagi....entah mnegapa minggu ini..minggu aku merindui dirinya....saat ini aku sedang mendengar lagu menjaga hati....aku ingin menangis kerana terlalu merindui dirinya....tapi airmata ini tidak juga mahu keluar walau hati dan perasaanku sebak dirundung kerinduan yang teramat sangat untuknya....ermm dengan emosi yang stabil ini...apa jua yang ingin lakukan takde mood....entah mengapa pagi ini bila mendengar lagu itu aku teringat pertemuan kedua kami....kami bersama-sama menyanyi lagu menjaga hati....aku tahu dia tidak mungkin mengingati detik itu.....walau aku tahu tidak mungkin kami bersama tapi kenapa aku tetap jua mencintainya,,,tuhan bantulah aku membuang jauh perasaan itu...aku tidak tahu smapai bila aku mampu terus bertahan dengan persaan ini...kesian dia yang menyayangiku..yang mencintaiku....tapi ini yang aku beri...

No comments:

Post a Comment