Saturday, April 25, 2009
mencintai dan dicintai mana satu pilihan ku....
Kebahagiaan bukanlah sesuatu yang mudah kita kecapi, apatah lagi sekiranya kita mengimpikan kebahagiaan yang sejati sepanjang hidup. Ianya amat sukar, namun bukan bererti tiada langsung peluang untuk kita gapai…..Apabila aku bertemu dengan insan yang benar-benar aku sayangi dan aku mengharapkan seribu kebahagiaan yang mungkin aku perolehi daripadanya, mungkin juga suatu hari nanti dia akan berpaling dan mengecewakan hati aku. Namun, apabila aku dianugerahkan dengan kehadiran seorang insan yang benar-benar menyayangi dan luhur kasihnya pada aku…apa mungkinkah aku juga akan kasih dan sayang akan dirinya?? Bagaimanakah pula nanti sekiranya aku mengecewakannya?? Mahu tidak mahu, aku terpaksa akur, akan lumrah alam percintaan. Pilihan terletak ditangan aku sendiri. Tanyalah pada sang hati, jangan pula ditanya sang selera atau sang nafsu, kerana keduanya hanya memberi janji palsu kepada aku kelak Tentukanlah pilihan yang aku pasti bisa jalaninya…Bak kata pepatah, “Kalau tidak sanggup dilanda ombak, jangan sesekali berumah di tepi pantai ”. Ertinya, andainya aku tidak sanggup menghadapi cabaran jangan sesekali berani mengambil risiko. Keinginan dan apa jua permintaan aku pasti dituruti apabila aku memilih untuk disayangi oleh seseorang. Setiap masa dan ketika, hanya akan ada bayangan aku di dalam benak si pencinta So? Adakah aku mahukan layanan sebegitu? Kalau sudah terdetik kata dihati, “bagus juga disayangi macam ni…..” , teruskanlah dengan pilihan yang ini… Namun, andai kata hati berkata “Boleh ke aku hidup dengan dia??” , Maka hentikanlah daripada terus menerima pilihan untuk disayangi Khuatir nanti, suatu ketika kita akan mengecewakan hati si pencinta pula… Andai terdetik dihati untuk mencintai seseorang yang belum pasti menyayangi kita sepenuhnya dan belum tentu lagi kamu akan tersenarai dalam “list” pilihan hidupnya, bersiap sedialah teman-teman!!! Hahaha…Akan ada beribu rintangan di hadapan kita nanti yang sedia menanti . Namun, andainya kita jenis yang berani mati demi mempertahankan cinta, teruskanlah dengan pilihan kamu. Teruskanlah dengan pengorbananmu itu dan rebutlah cinta yang kamu impikan…..InsyaAllah, ada cahaya yang menanti dihujung perjalanan kita kelak Tiada siapa yang berhak menetapkan pilihan hati kita, semuanya berbalik kepada diri kita sendiri…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)
No comments:
Post a Comment