Tuesday, April 28, 2009
senyum dan tawa............
Aku gembira ……..adakah ungkapan itu cukup bermakna buatku??…yea untuk saat dan ketika ini ungkapan itu benar-benar sesuai denganku…kerana aku terlalu gembira kerana dia yang aku cintai ada disisiku..walaupun bukan sebagai kekasihku tetapi aku hargai keihklasannya …jujur aku katakan sehingga kesaat ini walaupun aku telah mempunyai seseorang yang aku sayangi namun cintaku dan kasihku pada dia tidak pernah hilang walau sedikitpun….kenapa dia terlalu istimewa dihatiku…kenapa aku tidak pernah dapat membuang dia jauh?? kenapa setiap kali dia hadir aku gembira?? senyuman itu hanya dapat aku ukirkan setiap kali bersama dengan dia….ia satu perasaan yang sungguh istimewa….Namun begitu sewaktu aku menatap gambar-gambarnya ketika dia masih bersamaku..hatiku jadi sakit..kecewa…segala perbuatan yang dia lakukan melukakan hatiku…dan persoalan-persoalan lalu berulang lalu “kenapa aku masih mahu berhubung dengan dia..?? sudah lupakah aku perbuatan dia dulu?? Apa lagi yang aku inginkn dari dia….dia sudah memiliki kekasih?? Tidak bersyukurkah aku yang juga mempunyai kekasih hati yang mencintai aku setulusnya??” ……dan persoalan-persoalan itu aku biarkan tanpa jawapan…kerana aku takut untuk mengakui hakikat sesunguhnya aku masih belum mampu membuang cinta dia….akhirnya aku terasa ingin sekali lagi memilih jalan mudah…aku ingin menukar no fon supaya dia tidak dapat mencari aku lagi…tetapi bila aku fikirkan kembali bagaimana dengan dia andainya aku tiada lagi dalam kamus hidupnya.tentunya dia akan membenci aku kerana meninggalkan dia tanpa sebarang pesan….seperti yang pernah aku lakukan sebelum-seblum ini..dapat aku rasakan keperitan hatinya meluahkan rasa hatinya tatkala tidak dapat mencariku..….aku buntu..dia tidak mencintai aku namun masih mahu aku disisinya….sedar tak dia itu melukai hatiku..aku tidak mampu berpura-pura tidak mencintainya lagi dan aku juga rsa bersalah kepada lelaki yang mencintai aku…lalu aku meneruskan sisa hidup ini dengan membawa cinta dia…ermm sampai bila aku harus hidup begini…aku tidak mahu terus membenarkan hati aku mencintainya tapi aku jugak tidak mahu membuang dia jauh….dia benar-benar penting kepadaku….aku benar-benar meyayangi dirinya…aku juga terharu dengan kata-kata dia….betapa pentingnya aku dalam hidupnya…dia mahu aku terus disisinya sebagai seorang kakak…betapa dia menyayangi aku walaupun pelbagai caci maki..kemarahan yang terpendam telah aku luahkan namun dia masih tetap tidak berputus asa dalam menempatkan dirinya sebagai salah seorang yang perlu aku hargai kembali setelah dia menghancurkan kepercyaan aku suatu ketika dulu…aku tahu dia hanya ingin melepaskan rasa bersalahnya kerana banyak menyakiti hati aku dulu…seharusnya aku tidak terus menghukum dia ………….kini entah kali yang keberapa aku menerima kehadiran dia semula dalam diari hidupku tapi aku tidak pasti smpai bila aku akan mampu bertahan…setiap kali memikirkan dia dan kekasihnya…apatah lagi menatap wajah dia dan kekasih hatinya..aku jadi sedih..emosi aku down….apatah lagi segala perbuatan dia kembali aku ingati..saat itu tetiba rasa nyesal datang bertalu-talu kerana terlalu mudah menerima dia….tapi aku cuba menyedarkan diri ku bahwa dia juga tidak minta ini semua berlaku.. .lagu cinta terhalang dari bob..menemani aku saat dan ketika ini. Aku bahagia..terima kasih memberikan aku senyuman itu….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)
No comments:
Post a Comment