Saturday, November 21, 2009

entah berapa kali airmata ini harus mengalir mengenangkan nasib percintaan aku bersama dia...aku sebenarnya sudah tahu penghujung hubungan kami tetapi mengapa aku masih mahu memberikan dia harapan.....aku tidak sanggup untuk melukainya tetapi itulah yang selalu aku lakukan apabila aku tak dapat mengawal amarahku...mengapa dia yang Kau takdirkan mencintai aku tuhan...jujur aku tidak pernah tergamak untuk menyakiti dia walau sekelumit pun...apatah lagi aku menjadi orang yang akan menghcurkan impiannya selama ini.....aku terpaksa memilih 1 hubungan yang perlu aku pertaruhkan lebih penting dari perasaan aku selama ini apabila aku berdepan sesuatu perkara yang diluar jangkaan aku...namun untuk menyakitinya sahaja aku tidak mampu tatkala mendengar lirih suaranya...tadi kerana lancang berbicara akhirnya aku mengeluarkan satu kata-kata yang amat menghris hatinya...aku tahu betapa berdosanya aku meminta dia mencari sahaja orang lain...di dalam hati aku menangis akhirnya terkeluar juga ayat itu dari mulut aku walau selama ini akku berusaha dari mengujarkan kepadanya tapi tadi aku tewas....aku tahu aku telah melukakan dia lebih dari segala perbuatan aku selama ini...Ya Allah..kenapa aku harus diuji begini....dia terlalu baik untukku.....aku terlalu kejam padanya...mengapa dia harus terus bersabar dengan sikapku...kami sama sama menangis...aku tak sanggup berpisah dengannya..apatah lagi memberitahu dia keputusan yang akan aku ambil..walau aku melakukan solat istikarah sekalipun dia yang Tuhan munculkan untuk aku..aku yakin keluarga akan tetap tidak akan menerimanya....ditambah sekrang aku juga dihimpit oleh janjiku pada seseorg yanng amat aku hormati agar meninggalkan dia.....Ya Tuhan....mungkin ini balasanMU terhadap aku yang banyak melakukan kesalahan....walau aku sudah temui true love aku namun aku perlu mengembalikan cinta itu kembali kepadaMu kerana Kau lebih berhak terhadapku....YaAllah..aku benar-benar mencintai lelaki ini...dia tidak pernah meninggalkan aku apatah lagi membuat aku bersedih....dia menjadi sumber kekuatan aku...namun berlainan negara,budaya..memjadikan cinta kami cinta yang tak sempurna....aku sudah tidak berdaya untuk meneruskannya lagi.....bagaimana aku ingin berterus terang padanya apa yang aku akan lakukan....aku takut dia kerana aku dia tidak berdaya..aku takut kerana aku dia lemah..aku takut kerana aku dia tidak percaya lagi wujudnya cinta yang suci dihati nurani seorang perempuan....aku tidak mahu menjadi penyebab untuk segala kekecewaan yang dia rasa..walau sekeliling mendesakku dengan bertubi-tubi..menyalahkan aku memberi harapan padamu..tapi aku benar-benar tidak mahu kehilangan dirimu..bagaimana aku ingin menghadapi perpisahan denganmu....Ya Tuhan...ingin sahaja aku membelakangkan segala kepentingan aku didunia kerana aku ingin hidup bersamanya tapi fikiran waras masih berbenteng.aku masih punya ibu yang mengharapkan aku..demi tuhan aku tersepit dengan semua ini....untuk dia yang aku cinta ketahuilah walau apapun kesudahan hubungan kita...kau lah satu-satunya lelaki yang aku tahu mencintai aku setulus hatimu.,...sayang aku menangis apabila aku melukai hatimu...aku menangis apabila aku marah padamu....aku menangis apabila aku rindu padamu...itu semua kerana aku mencintaimu....dan apa yang membuatkan aku lebih mencintaimu kerana kau sedar semua yang aku lakukan untuk menyakitimu tidak akan berjaya..katamu semakin aku marah padamu semakin aku akan mencintaimu.....yea..aku tahu semua itu namun kau juga mennyedari sikapku itu...kau terlalu memahamiku dan kerana itulah disetiap penghujung panggilan aku akan menangis...menyesali kekasaran aku terhadapmu....tapi kau sedikitpun tidak pernah berkasar dengan aku...aku benar-benar menyesal dengan sikapku terhadapmu...kerana itulah aku selalu tewas untuk melepaskan dirimu....sayang kau benar-benar aku cinta..bagaimana aku ingin bersamamu...aku benar-benar tidak tahu...kini kita hanya melalui cinta terhalang...andai nyawa dapat ditukar ganti dengan penderitaan yang kau lalui kerana mencintaiku aku rela memberikannya kepadamu.....aku tidak sanggup membiarkan kau menangis keranaku....mengapa kau terlalu mencintai aku..mengapa...kalau aku tahu begini pnghujungnya aku lebih rela kau menyakiti aku sepertimana lelaki lain buat padaku...walau kau tak sempurna tapi hatimu sejuta kali lebih sempurna dari lelaki lain yang penah datang dalam hidupku...sanjoy gosh..u are my soul..my heart....i

Sunday, October 25, 2009

esok aku akan memulakan kehidupan baru iaitu akan bermulanya kerjayaku sebagai seorang guru...jujurnya aku masih belum bersedia kerana masih banyak yang belum aku pelajri lagi bagi memperlengkapkan diri unutk menjadi seorang guru...ermm minggu lepas sekali lagi aku pergi ke klang rumah sahabat baikku...kak ja....ingtakan ingin pergi sekejap sahaja tetapi desakan kak ja agar aku lama sedikit di rumahnya membuatkan aku mengalah....aku sendiri pun terfikr ape la salahnya aku lama sedikt di rumahnya....lagipun sebelum ini setiap kali ke rumahnya aku hanya singgah sebentar jikapun ttidak...aku datang dengan tujuan bertemu si dia yang berada di shah alam....ermm yang pasti aku rasa happy dapat menemani kak ja...skrng dia pregnant 3 bulan..hehe..bila bersama dia..terimbas kembali kenaklan kami sewaktu di tanjung malim....ingatkan selepas habis belajar takkan merasa lagi naik scooter nyer.tapi ternyata kak ja jugak merindui masa-masa kami study...malam tu kami berdua ke pasar malam menaiki scooternyerr...mengimbaas kembali memori dulu.....selain itu jugak...pada hari yang sabtu itu..aku,si dia dan kak ja bersama-sama berjalan-jalan di jaya jusco klang.....dan yang lawaknye..masa berjalan tu...bukan si dia yang memegang tangan aku sewaktu berjalan tetapi kak ja yang memeluk lengan aku...kesian jugak pada si dia kerana mengalah tetapi begitu lah aku bersama kawan baikku......ermm di samping itu jugak..pada hari aku pergi ke rumah kakak aku...aku singgah sebentar di shah alam...untuk bertemu si dia yang aku sayang....

Thursday, October 8, 2009

SeMiNggU yAnG LaLu.........

ermmm apa aku nak cerita eak..sebenarnya aku ingin menceritakan aktiviti aku seminggu yang lalu...aku,iena,siti and my lovely sanjoy...pergi ke rumah my best freinds haliza di klang....apa yang menariknya selama 2 hari aku ditemani oleh si dia...kemana sahaja aku pergi dia sedia menemani...erm sanjoy....nama lelaki yang kini bertakhta dihatiku.bagiku kini dialah yang terakhir....andai aku tidak dapat bersama dia...bagiku inilah sahaja cinta terakhirku..aku benar benar capet sih...pergi rumah kak ja...membawa 2 orang sahabatku iaitu iena dan siti..memandangkan kedua-duanya mengenali kak ja....pada mulanya aku hanya ingin pergi bersama sanjoy namun di saat akhir iena membuat keputusan untuk balik serawak jadi aku bercadang biarlah mereka pergi bersama aku..mereka juga tentu ingin melihat rumah kak ja dan suaminya danny...dan aku pula tujuan datang adalah untuk memperkenalkan temanku sanjoy kepada kawan baikku itu...pada petang khamis itu..aku,iena.siti dan sanjoy..window shoping di alamanda..best sngat rasa....si dia sungguh sporting..walaupun dia malu-malu pada mulanya dengan iena dan siti tapi ku lihat dia cuba untuk menerima sahabat-sahabatku...kemarahankku sebelum ini rasanya sudah cukup untuk buat dia sedar yang aku mahu dia bergaul dengan rakan-rakanku dan bukan hanya menerima aku seorang...dalam pada itu ku lihat temanku sanjoy menyembunyikan kesedihannya di dalam hati..aku tau betapa sedihnya dia nanti saat perpisahan kami tiba...aku akan balik ke pahang..dan dia juga akan dihanar bekerja di shah alam....kerana itulah aku ingin memnafaatkan selama 2 hari kami sama untuk kami bergembira....3 bulan mengenalinya sudah cukup membuatkan aku mengenali lelaki bernama sanjoy gosh ini.... jiwanya lembut..pantang terusik....sudah beberapa kali aku melihat dia menitiskan airmata keranaku...dia berusaha agar kami tidak berpisah namun demi kehidupan di msa akan datang..aku perlu meninggalkan dia seketika namun aku berjanji tidak akn sekali-kali melupakannya ....salah satu tangisannya yang takkan aku lupakan adalah sewaktu dia menemani aku ke klinik...pagi itu dia menaiki bas yang sama denganku..pada mulanya dia ingin menemani aku namun tidak disangka di dalam bas itu kami ketemu kawannya...aku tau banyak yang ingin dia bualkn bersama temannya itu...lalu aku meminta dia pergi dahalu ke putraya sentral...tak perlu temankan aku..lagipun aku mybe lama....aku berjanji akan menelefonnya apabila aku sudah siap bertemu doktor..dia dengan berat hati melepaskan aku pergi sendirian...tapi sewaktu aku turun dari bas, aku aku teringat hansetku ada padanya...bagaimana aku ingin menelefonya....takperlah nanti dah siap aku pergi je putraya sentral tu..dia mesti ada kat sana...dan alhamdulillah aku tak perlu menunggu lama unutk bertemu doktor...orang tak ramai pada hari tersebut so cepatlah angka giliranya berjalan...sstelah selesai mengambil ubat..aku ke setesen bas..aku ingin cepat-cepat bertemu sanjoy..entah mengapa hati ini terlalu merinduinya...sedang aku menunggu dari jauh ku lihat sebuah bas...ermm aku teragak-agak ingin naik..bas itu mungkin terus ke presint 14 dan tidak ke putrya sentral namun aku tersenyum apabila melihat si dia di dalam bas itu..dia ingin turun tapi aku memberi isyarat tak payah...biar aku naik...setelah membayar tambang..aku mengambli tempat di sebelahnya..dia terus bertanyakan keadaan aku serta nelihat ubat-ubat yang aku dapat...ketika itu aku sudah melihat dia seperti ada sesuatu yang disembunyikan...hatiku dapat merasakan....dia mengengggam tanganku erat...namun tidak memandang kearahku....aku rasa lain lalu aku memandang ku luar tingkap.....memohon diberikan kekuatan untuk mneghadapi dirinya.....aku biarkan dia melayan perasaannya ..aku tidak ingin menggangu..namun aku sendiri yang terganggu pabila aku menyedari dia menitiskan airmatanya namun cepat-cepat mengelapnyatidak mahu aku melihat dia dalam keadaan itu...dia masih tidak mahu berbicara....hanya memandang wajahku..sesekali airamatanya gugur....pantas aku mengesatnya.." jangan menangis sayang....aku tidak sanggup melihat kau bersedih..."itulah yang terucap dalam hatiku...itulah salah satu kenangan aku bersamanya yang takkan aku lupakan....
aku dan dia...ermm nk tau tak tempat dating yang paling aku suka...aku dan dia suka sangat naik bas pusing-pusing putrajya....duk dalam bas pun cukup dh...kadang-kadang dia pun geleng kepala dengan perangai ku yang suka naik bas tu..tapi kerana sayangkan aku dia turutkan juga..ermm bukannya mahalpun....setakat 50 sen tu....aku tak suka nak g dating kat alamanda coz lama nak tunggu bas....oklah masuk balik part g rumah kak ja..perjalanan selama 2 jam..dari putrajaya sentral ke pasar seni naik rapid kl adala dalam setengah jam...kemudian beli tiket di komuter kl...tunggu train dalam 10 minit...dan kemudian bila dalam train dlam 1 jam..sedar2 dah sampai klang dekat kul 8 malam...kak ja datang amek kami 4 orang..suami dia danny takde kat rumah kerana pergi johor..sebelum tu aku bertnya dulu..bolehke aku membawa sanjoy..sedangkan suami dia tiada di rumah namun kak ja cakap danny tau dan bagi...lega hati aku..aku tak mahu kak ja dapat dosa dengan membenarkan lelaki bukan muhrim masuk kerumah dia..siti dan iena lainlah sama-sama perempuan..no poblem kan'....malam itu aku dan kak ja memasak bersama-sama..kami masak tempoyak ikan,sambal udang.sup sayur dan sedikit ulam-ulam...ermm kegemaran kak ja la tuh...si dia yang aku sayang itu sunggun pemalu..sewaktu makan dia sedikitpun tidak bercakap..apa yang kawan aku tnya dia hnya balas dengan senyuman..nasiblah kak ja faham..dia cakap danny pun mcam tu lah jugak dulu...so aku pun fahamlah..tapi germa jugak hatiku ini...takkan nak jwab sedikitpun tak reti...oklah habis setakat itu sahaja....esoknya kami semua balik...sampai di kl..aku menyruh si dia balik dulu ku putrya kerana aku,iena dan siti masih mahu berjalan-jalan lagi..dan dia melepaskan aku tanpa susah hati kerana ade iena dan siti bersamaku...kalu aku ssorang mampus dia tak bagi..risau sangat aku jadi bukan-bukan...so aku dn 2 orng sahabtku itu berjalan sakan...kami ke midvalley jalan-jalan...di sana adelah membeli 2 pasang jeans...hampir pukul 7 baru kami smpai di pasar seni....naik bas kul 7...si dia yang aku sayang lak..cakap nk tunngu aku kat putraya central...so sampai je putrjya sentral...dia sudah siap menunggu sambil membawa plastik berisi 3 tin air teh kundur yang dia tahu menjadi kegemaran aku....kebrikan 2 botol kepada iena dan siti...iena yang membeli roti boy di midvalley tadi memberikan kami roti tersebut..aku share dengan sanjoy...ermnmm rasa penat sngat seharian berjalan...itupun sajoy masih mahu aku dan dia pergi jalan-jalan tapi aku cakap aku tak larat..aku nak balik..esok2 boleh jalan kan....itulah pengalaman minngu lepas yang aku takkan lupakan sebelum aku kembali kepahang...selama 3 bulan di putraya..aku telah mendapat cinta dari dia...dan sebelum kami bercinta terlalu banyak halangan yang perlu aku tempuhi...bukan seperti dia yang hanya menungggu aku sahaja melakukan tindakan...segalanya bermula apabila menyedari aku mencintainya....cinta kami baru ingin berputik namun siapa sangka temannya juga mencintaiku....niatku yang pada mulanya ingin berterus terang dengan sahabatnya itu bahawa aku tidak boleh bersamanya telah bertukar menjadi lain....dalam keadaan terpaksa aku menerima temannya itu...kerana tidak sanggup melihat dia mencederakan dirinya demi aku....sanjoy yang ternampak aku keluar berdua dengan temannya sungguh marah...sejak dari itu dia langsung tidak mahu memandangku....malah mendekati aku juga dia tidak mahu...selama 2 minggu terseksanya aku rasakan dengan sikap dia...di hadapan temannya aku tidak pernah menjkkan wajah sedihku..namun di dalam hati ini hanya tuhan sahaja yang tahu betapa aku merindui lelaki itu....betapa egonya dia taidak mahu memaafkan aku....walau pelbagai cara telah aku lakukan unutk memujuknya....akhirnya mungkin kerana terlalu merindui wajah dan senyumannya..aku jatuh sakit....aku demam...saat itu perasaan aku padanya tawar,,kerna dia aku sakit begini....lalu aku pergi berjumpa temannnya...aku mengadu bahwa aku sakit..dan temannya itu ingin membawa aku ke klinik...aku menolak...aku masih mampu bertahan...aku cuma mahu seseorang menemani aku...dan tanpa aku duga temannya itu yang tidak menaruh sebarang syak wasangka terhadap kami telah memberitahu kepada sanjoy mengenai sakitku,dan ku lihat buat pertama kalinya dia memandangku dengan pandangan yang sudah lama aku rindukan setelah selama 2 minggu tidak memndangku..tidak mempedulikan aku...mmebiarkan sahaaj aku menanggung segalanya sendiri...membuatkan aku jadi lali tanpa dia dan cintanya lagi...aku tidak perlu simpati dia...dan aku tak perlukan dia....sewaktu aku ingin mengambil tanda tangannya...dia bertanyakan kesihatanku....namun aku tiada hati ingin menjawab......tahukah dia.aku sakit kerana dia..kerana dia yang tidak mempedulikan aku..apa dia ingat cinta temannya terhadapku mampu menghilngkan cinta aku terhadapnya...arghh saat itu aku tidak ingin dia...aku segera berlalu..ermm cerita itu masih belum habis disitu....akhirnya kerana tidak mahu menipu diri sendiri lagi....aku meminta putus dari temannya...aku tidak peduli jika sanjoy juga tidak mencintaiku...sekurang-kurangnya nnti aku bebas...tidak perlu lagi menjaga hati mereka..kejamnya aku saat melukai hati temannya itu...namun aku tidak peduli...aku dah tak tau nk berpura-pura mencintainya...dan aku tau semua yang aku buat itu akan diceritakan temannnya itu pada sanjoy...arghh aku tidak peduli..biarlah sanjoy menganggap aku perempauan jahat atau apa sahaja kerana mempermainkan hati temannya..yang pentng aku bebas...namun ak tahu sanjoy juga takkan dapat melupakan cinta antara kami,dia mencintaiku aku takkan marah dia jika tidak mahu menunjukkan cintanya padaku pada orang lain....aku tidak ingin memaksa..jika itu pilihan dia untuk melihat sahaja..aku sudah tidak peduli...lebih baik aku bersedirian..aku dah buktikan aku mencintainya dengan menolak cinta temannya yang melayan aku bak puteri raja hanya kerana aku mencintai sanjoy..bagiku cukuplah itu pengorbananku sehingga temannya itu membenciku....dan sekrang masa dia pulak untuk membuktdanikan cintanya pada aku jika benar dia mencintaiku.aku tidak mahu lagi dia berdiam diri....dan tanpa di sangka suatu hari dia mengajak aku makan tenghri bersamanya...aku bertanya pada dia tidakkah dia takut jika orang lain cakap dia bukan-bukan..dia hanya tersenyum...malu pulak aku rasannya tengok senyuman dia tu...sejak itu kami selallu keluar bersama....sehinggalah suatu hari dia tiba-tiba mengambil cuti sakit....aku pelik sedangkan semalam dia sihat sahaja..aku tahu dia mc kerana masalah kami..semua orng beckap pasal kami....orng mengata dia merampas aku dari temnnya..dan orng mengata dia mcam-macam...aku tau semua tuh...walau hati aku sakit kerana dia mc hanya kerana dengar mulut orang tetapi kerana sayang aku mengalah...aku pujuk dia..aku ckap..jangan peduli apa orng cakap...kita sudah saling mencintai sebelum kehadiran temannya lagi..aku mohon dia supaya jngan pedulikan cakap orang jika dia ikhlas mncintai aku....dan dia mengenggam erat tangankku sambil memohon maaf atas sikapnya.....sejak itu dia tidak lagi seperti dulu...setiap kali waktu rehat..aku wajib menemaninya....semua orang tahu time rehat aku dan dia..walau aku bnayk kerja sekalipun...aku kena rehat dengan dia...seboelh mungkin dia ingn mengumumkan kepada semua bahwa aku ini milik dia....dan nasiblah walau aku dan temannya itu sudah tidak bertegur sapa tapi aku lega temnya itu masih boleh menerima sanjoy....dan sehinggan benda ini ditulis..atas pertolongan sanjot....yang tidak mahu aku dan temannya itu tidak bertegur sapa telah berusaha memperbaiki hubungan kami....dan kerana sanjoy aku dan temanya itu kini boleh bercakap malah kami telah menjadi sahabt baik...itulah sanjoyku..seorang yang tidak mementingkan diri sendiri..walau tahu temannya itu menyukaiku nmaun dia tidak mahu kami terus bermsam muka..kerana sanjoy yakin cintaku pdanya takkan berubah..dia tahu aku hnya memilih dirinya..seterusnya kami melalui saat-saat bahagia bersama....i love u very much sayang....sayang u teach me much much thing..love..honest... pengorbanan...menghargai......

Tuesday, October 6, 2009

JiKalAu iA SeBuAh cinTa

Jika ia sebuah cinta…ia tidak mendengar…namun sentiasa bergetar….
Jika ia sebuah cinta…ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa..
Jika ia sebuah cinta…ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji
Jika ia sebuah cinta…ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha…
Jika ia sebuah cinta…ia tidak cantik namun sentiasa menarik…
Jika ia sebuah cinta…ia tidak datang dengan kata-katana mun sentiasa menghampiri dengan hati…
Jika ia sebuah cinta…ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata..
Jika ia sebuah cinta…ia tidak hanya berjanji..namun sentiasa cuba memenangi..
Jika ia sebuah cinta…ia mungkin tidak suci..namun sentiasa harmoni…
Jika ia sebuah cinta…ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan…
Jika ia sebuah cinta…ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan…

Wednesday, August 12, 2009

untuk dia

aku tidak pernah meminta perasaan ini..mengapa menatap kata-kata cinta dia pada puteri kesayangannya hatiku masih sakit...bukankah telah jauh aku tinggalkn kenangan kami dulu....tapi mengapa aku masih mahu memikirkannya...namun dengan satu nafas aku lega kerana ia tidak memberi ruang dan peluang dirinya lagi dalam hidupku....aku cuma sakit kerana terpaksa membencinya kerana ini bukanlah kehendak hatiku tapi diriku yang selama ini sentiasa menahan derita hanya kerana mencintai dirinya....lalu biarlah segalanya berakhir begini sahaja..aku tidak akan pernah memberi dia ruang dan peluang lagi untuk mendekati diriku ini setelah dia memlih untuk mencintai orang lain...untuk dia belajarlah unutk menghormati hak aku sebagai wanita....

Monday, July 6, 2009

BiArKaN SegAlAnYeR BeRaKhIR..............

Rasa itu…maafkan aku…………
Jam di pergelangan tangan sudah menunjukkan pukul 6.30 petang….malam ini haliza akan bernikah.…terbayang olehku wajah gembiranya..maklumlah itulah saat yang ditunggunya selama ini…cinta yang mendapat halangan kini telah direstui…akhirnya Allah temukan dia dengan kebahagian..aku sendiri terlalu gembira untuk mendoakan yang terbaik untuk majlis perkahwinannya ini…..duduk di tepi balkoni …memberiku peluang menikmati pemandangan senja…aku memang suka berkhayal..leka memandang keluar.…..aku sering melihat semua itu seolah-olah sebuah lukisan yang tidak bergerak..dari situ akku membayangkan diriku seperti melintasi segala susah payah perjalanan ini….entah kenapa waktu ini hatiku tergerak untuk mengingati detik pertemuan dengan seseorang yang amat aku cintai minggu lepas…masuk hari ini sudah seminggu segalanya berlalu tapi dia langsung tidak bertanya khabar… sikapnya yang tidak pedulikan hati dan perasaanku…nafasku rasa tertahan-tahan..terasa berat di dada namun seluruh kecekalan dipertaruhkan hingga aku berjaya mengepung kolam air mataku dari melimpah..hatiku terhiris sewaktu suara rindu bergema dihati….aku tiba-tiba terluka…….bunyi deringan hanset mengejukan aku..lelaki yang tidak aku harapkan lagi……….. kini memberi mesej kepadaku setelah seminggu pertemuan lalu….aku melihat nama yang timbul dihansetku…tiada hati ingin mengangkat panggilannya..aku menundukkan pandangan..hiba...tidak mahu untuk berfikir tindakan seterusnya..tahu tak dia betapa aku merindui dia selepas pertemuan lalu..tapi mengapa baru sekarang ingin hadir..setelah rindu itu ku pendam menjadi kesakitan….hambar dan tawar………kali ini aku benar-benar dapat merasa bagaimana hati yang terhiris…benar-benar terhiris…dua saat selepas itu aku terasa begitu membenci diri sendiri..betapa aku telah membodohkan diri sendiri dengan sesuatu yang tidak akan berhasil..sesuatu yang akan memusnahkan kecekalan yang selama ini aku bina untuk hidup tenang sebagaimana dirku sendiri yang telah ditakdirkan tidak mempunyai sesiapa…kini kecekalan dan ketabahan hatiku yang terbenteng kukuh mulai dirempuh angin yang ganas hanya kerana miscal dan mesejnyer….sehingga aku menarik nafas tanpa dapat merasakan apa-apa…..tiada rasa…
….aku senyum..aku ketawa..tapi jauh di sudut hati..rasanya hatiku tertinggal pada pertemuan lalu…aku mula faham kenapa Allah melindungiku dari bertemu dengannya lagi…aku faham..dan jiwaku mulai kosong apabila harapan tertitik disitu sebagai noktah!“Lailahaillallah….” Dan kalimah itulah yang telah menyiram berat di dada retak hatiku didalam terus aku sembunyikan. Dan aku..aku yang sedang memburu cinta yang tidak pasti..cintakah aku kepada lelaki itu.?benarkah aku mencintainya? Kalau tidak masakan aku merasa begitu terluka dan kecewa saat ini serta merasa tidak bermaya…..aku meraba-raba pipiku..rupa-rupanya aku sedar aku tidak merinduinya dengan harapan yang kosong..aku tidak mengingatinya dengan harapan yang kosong,,rupa-rupanya aku merasai semua itu kerana aku memang telah dianugerahkan dengan rasa cinta..tapi kenapa dia yang harus aku cintai..kenapa kepadanya aku merasakan begini? Ya Allah………..
Selepas menunaikan solat magrib..aku berniat untuk mengerjakan solat sunat taubat..tapi hatiku segera mahu menangguhkannnya dulu..nantilah bangun pukul 2 atau 3.. lalu kutahan-tahan keinginanku ahhh…untuk mengadu kepada Allah..hingga tiba saatnya aku rasa seperti nafasku tertahan namun sedaya upaya ku cuba bertenang….. aku gagal melelapkan mata..kegelisahan melanda hingga menganggu pernafasanku..aku benar-benar tidak tahan...perlahan lahan aku bangun dan mengambil wuduk..di dalam bilia itu aku memohon kepada Allah diberikan ketenangan…aku mahu berhenti berharap! Pergilah semuanya dengan rela….!pergilah….
Ya Allah sekiranya Engkau pertemukan kami untuk mendidik agar aku lebih menyayangiMu,maka hanya Engkau yang mampu membawanya jauh dari jiwaku…Hanya Engkau yang mampu melakukannya untukku……cintakah mereka padaku..bencikah mereka padaku?..semunya tidak akan terjejas padaku sekiranya Engkau mencintaku dan aku kekal mencintaiMu..Tetapi kini aku bnar-benar diuji olehMu….Apakah aku mampu melaluinya tanpa cinta manusia terhadapku…tanpa cinta orng yang aku cintaimu….hambaMu ini sedar Ya Allah..Engkau benar-benar mahu menguji hatiku! Tidak akan kutahu betapa lemahnya cintaku kepadaMu sekiranya aku tidak diuji begini..tidak akan aku tahu betapa aku lebih cintakan dunia dari pada mencintai Mu…sekiranya Engkau tidak membawanya pergi dari hidup dan mataku..tidak akan aku sedar hakikat diri yang sebenarnya Ya Allah…Ya Allah dalam hidupi ini terlalu besar dosaku padaMu…terlalu banyak maksiatku kepadaMu…sedangkan taubat yang sedang kepohon kepadaMu sering kemungkiri lewat lewat hati tergores..selalu kemungkirinya Ya Allah meskipun sewaktu memohon taubatku itu daku merayu kepadaMu..daku menangis meyesali dosa…tetap juga mengulanginya! hinanya diriku Ya Allah! namun dalam hidup dengan kelemahan dan kehinaan diriku itulah daku tetap memerlukan bantuan Mu untuk teruskan semunya kerana ada diantara yang berat yang Engkau timpakan padaku itu tidak mampu untuk kugagahi dengan secebis kekuatan yang ada padaku..terlalu banya kejadian dalam hidupku ini..tidak mampu untuk kugagahinya Ya Allah! Lindungilah diriku….lindungilah hatiku..!
Berilah lelaki itu kebahagian dan ketenanngan dalam hidupnya..meski telah hancur hati ini kerana dirinya..tapi semua itu datang dariMu…aku tersungkur dalam sujud yang disirami dengan air yang turun seseci rasa Jadikanlah lelaki itu dikalangan orang yang berbakti kepadaMu, kepada agamaMu….syukurku di tas pertemuan lalu..terima kasih kerana memberikan aku rasa yang manis dan pahit itu terhadap dirinya…terima kasih Ya Tuhanku..terima kasih kerana memberiku rasa derita ini agar aku lebih menyedari betapa jauhnya telah ku bawa hatiku dariMu….dan dari rasa cinta ini..Engkau telah memberikan aku nikmat yang lebih besar daripada nikmat cinta itu sendiri…terasa Engkau benar-benar hadir disisku..hadir bersamaku….dekat dengaku…Engkau berikan daku rasa itu dan Engkau telah mengambilnya kembali..sesungguhnya Engkau mahu memberitahuku betapa nikmat kembali kepadaMu lebih nikmat dari bersatu dengan insan yang amat aku cintai..daku telah merasakan betapa Engkau sebenarnya mahu mentarbiah diriku agar akhirnya ku merasai nikmat atas semua ujian yang telah aku lalui….terima kasih Ya Tuhanku..terima kasih kerana melindungi diriku dan terus mendidikku agar selalu memohon dan merayu kepadaMu…terima kasih kerana Engkau masih mahu melindung sekeping hati ku yang kotor ini …kurniakanlah ku rasa gentar setiap kali mengingatiMu..hadirkan rasa cinta kepadaMu dihatiku..muliakanlah dia…muliakanlah lelaki itu dan tetapkanlah kehidupannya di atas landasanMu….muliakanlah dia dengan ilmuMu…muliakanlah dia dengan iman dan takwa..selamatkanlah dia dunia dan akhirat….berikanlah dia ketenangan di samping orang yang dia sayangi dan berikanlah aku kekuatan untuk melalui semua ini.”
Sepatutnya begitulah..peperangan ini adalah peperangan batinku…cinta sehala yang aku lalui ini bukan salah sesiapa..pun bukan salah diriku kerana merasainya…..jauh lagi mahu menyalahkan dia yang tidak tahu apa-apa..aku marasai kasih kepadanya..dia tidak mahu menerimanya..bukankah cinta tidak boleh dipaksa..dia pergi..aku melupai..memang aku melupai tetapi aku hanya melupainya di mindaku…dijiwaku kadangkala datang..kadang-kadang akrab..tetapi aku perlu mengosongkankan mindaku daripada mengingatinya kerana aku perlu hidup bahagia dengan takdirku yang sederhana ini….tidak adil kiranya kuderitakan jiwaku hanya kerana mahu mengingati seseorang yang tidak mahu menghargai kehadiranku..yang tidak merasai kehadiranku..kerana itu sekalipun aku tidak pernah memanjatkan doa kepada Allah agar membuka pintu hatinya untuk ku apatah lagi berdoa dia menjadi milikku..tidak pernah aku berdoa begitu..aku hanya berdoa agar dia menjadi lelaki yang berjaya ,,dan berjasa suatu hari nanti kepada masyrakat..meski dia jauh dariku hanya setulus doa yang kukirimkan untuknya..dan doa itu akan tetap bergema diruang antara langit dan bumi selagi nyawaku ada….itu semua akan kulakukan demi membuktikan sesuci cinta yang tidak kupinta ini…
Tetapi hari ini..kenapa aku mesti terluka apabila mendapati dia sebenarnya sedang berbahagia di samping insan yang ditakdirkan untuknya?kenapa aku perlu membebankan semua rasa itu tidak patut ku bela?mengapa aku membiarkan hatiku musnah?aku tidak pernah berdoa untuk memilikinya,,tetapi kini apabila aku tahu dia sedang bahagia dengan seseorang..kenapa aku mesti terluka…kenapa mesti aku menderita?”,oh Tuhan! Berikanlah aku jawapan akan persoalan ini..jawablah suara hatku ini Ya Allah! jawablah sebelum kurebah dalam seksaMu…jawablah suara hatiku…………………….
Aku tidak memerlukan bantuan selain daripadaMu..selamatkahlah diriku ..selamatkan hatiku..selamatkan imanku yang tinggal separuh ini….jangan sesekali Kau putskan aku dari rahmatMu dengan ujian ini..janganlah Englkau sesatkan haluanku yang telah Engkau suluhkan dengan chaya…
Terimalah diriku kembali untuk mengasihi hanya diriMu..terimalah kembali diriku yang hina ini….terimalah aku kembali..terimalah aku kembali..terimalah Ya Allah,,kalau bukan Engkau yang mahu menerimaku yang lemah dan hina siapa lagi?tidak akan ada manusia yang dapat menerima kekurangan dan kehinaan dirku ini,tiada siapa yang lebih penyayang dan pemaaf selain daripadaMu untuk menerima diriku yang terlalu banyak dosa ini..tiada yang lebih pengasih melainkan Eangkau Ya Allah untuk mengasihi insan sehina dan seba kekurangan sepertiku ini…terimalah dirku yang hina ini….terimalah aku dengan cinta agar aku juga bisa mencintaiMu dengan setulus hatiku!kasihanilah dirku….kalau bukan Engkau yang mengasihiku siapa lagi..aku sentiasa sendirian melalui detik detik kepayahan hidupku..aku sendirian dalam merasai cintaiku..aku sendirian mencari bahagia..aku sendirian dalam segala-galanya….kali ini daku benar-benar merayu memohon kasihMu…terimalah diriku ini..aku tahu tidak kekal kasih manusia..tidak abadi kasih sesama manusia…semuanya palsu..semuanya adalah palsu..
Tetapi cinta yang aku rasai ini bukanlah yang aku minta.kalau kiranya ia adalah satu anugerah tenteramkanlah batinku menerima ujian ini..tenteramkanlah rohaniku untuk menerima kanyataan bahawa cintaku bukanlah milikku….kalau kiranya cinta yang kurasa ini adalah diluar keredaanMu adalah yang lahir dan terbit kerana nafsuku semata..maka jauhkanlah diriku daripada segala rasa seumpama ini..lenyapkanlah semuanya,,kuburkanlah semua rasa ini tanpa nisan tanpa tanda…sesunguhnya diriku benar-benar merasa seksa setiap kali merinduinya..terseksa setipa kali merinduinya….ku perlukan belas ihsan dariMu..tenteramkanlah hatiku…
Tiba-tiba aku merasakan bahawa aku tidak tega lagi untuk meneruskan hidup ini dibumi ini bersama makhluk-makhluk yanng ada di sekelilngkku selama ini….beratnya beban cinta ini..terlalu berat ia utnuk kutempuhi..terasa seperti berkecai jasadku….terlerai seluruh rasa dihatiku…demi manahan semuanya..akhirnya aku rebah untuk berjuang membunuh cinta yang telah lama sebati dalam jiwaku,….aku tersungkur dalam perjalanan mengusir seraut wajah yang sentiasa ku rindui…aku benar-benar tertewas dalam melawan rasa hatiku sendiri…Ya Allah bawakanlah aku azimat cinta ini agar aku tidak merasa terlalu derita walaupun tanpanya..lama aku berdialog dalam hatiku sendiri..mempersembahkan pertanyaan demi pertanyaan dan permohonan demi permohonan kepada Ya Allah…YaAllah..payahnya mahu memadamkan rasa rindu ini..ia telah lama bernafas dalam jiwaku! bagaimana lagu mahu kupujuk hatiku ini untuk bangkit semula..nikmat hidup terasa padam dari kalbuku..”astrafirullahhalazim” doa itu lahir dari hatiku yang paling lemah…dan iarmata yang mengalir telah mengaburi mataku..hatiku tarasa kosong..sunyi! sepi!tidak pernah kurasa begini sebelum ini..dan apabila sekali nama dia tertera di hansetku,,aku mula merasai bukan sahaja airmata yang mengalir dipipiku tetapi darah putih bersih mengalir dihatiku,,membuatkan seksa semakin menekan perasaan..aku cuba melupakan dia…tetapi mengapa dia selalu hadir……..aku menatap hanset itu lama..rindukah dia padaku…..ahhh…itu semua pertanyaan karut……aku cuba merapatkan kelopak mataku dan membukanya kembli..berharap agar air jernih yang bertakung dikelopak mata akan jatuh dan aku mampu membiarkan cahaya menerobos masuk kedalam anak mataku..namun air yang bergenang itu tidak mahu surut..bertakung..menitis..mengalir..bertakung menits dan mengalir lagi….sehingga semunya kelihatan kabur dipandangan…

“hafiz”! kusebut nama itu dengan nada suara yang lahir dari hatiku yang paling dalam..semakin aku berjuang untuk membuangya semakin aku gagal….jadi biarkanlah aku mengikut kata hati ini.menyebut namanya bertalu-talu..hingga akhirnya tangisan lukaku berhenti dengan sendiri….tergamaknya aku menghabiskan airmata aku menagisi akan cinta seorang lelaki yang gagal aku miliki? Tergamak dirimu wahai hatiku..tidakkkah engkau kasihani diriku? Mencintai sesama makhluk sehingga menderitakan batinku sebegitu teruk sekali? teganya dirimu merasakan begitu…betapa aku tidak pernah meminta perasaan sebegini..apalagi untuk mengharapkan rasa itu mekar untuk seseorng yang tidak mahu menerimnaya..tidak aku meminta semua ini…tapi rasa cinta ini memng hanya untuknya….ianya datang dariMu juga Ya Allah,,ia tidak akan datang untuk menyeksaku kalau bukan dengan izinmu,,dan bukahlah Engkau mahu memusnahkan diriku dengan seksaan ini melainkan Engkau mahu menunjukkan kasih dan sayangMu kepadaku,Engkau sengaja mahu aku merayu padaMu meminta melepaskan diri ini dari beban cinta ini…kalau tidak masakan Engkau memberikan daku rasa yang sesuci ini..kalau tidak ada cinta ini..kalu tidak wujud cinta sesuci ini..tidak ada derita dari hatiku..dan tiadalah tangisanku,,tiadalah juga rayuanku,,maka mulai detik ini didiklah hatiku,,,diriku..pandulah diriku untuk menyakini bahawa cinta ini Engkau berikan dalam bentuk derita supaya aku lebih dekat denganmu…supaya aku mengambil jalan pasrah kepadaMu..supaya aku memilih jalan yang mendekatkan diriku padaMu..lalu mulai saat ini biarlah kuteguk pahit suci cinta ini agar ia bisa memberi aku setulus keyakinan bahawa cinta manusia tetap membawa derita,,tidak kira samada orng yang kita cintai itu sedar atau tidak bahwa kita mencintainya ataupun dia mneyedarinya..cinta kepada dunia tetap membuat hati manusia menderita,,ia tetap membawa derita!percayalah wahai hatiku.percayalah!..................
Aku ingin memadamkan seraut wajah itu..bukan mahu membuang cinta ini..Cuma aku mahu mengubah hatiku..kalau benar Allah memberikan aku cinta ini sebagai sebuah anugerah..aku akan menjadikan aia sebuah anuguerah yang paling mahal dan berharga dalam hidupku,,akan kubiarkan cinta itu terus mengusaai sebahagian hatiku kalau benar ia tidak mahu pergi..tetapi yang ingin kubunuh ialah harapan…cinta tidak pernah menyeksa jiwa insan..harapan dan impian untuk memiliki itulah yang menyeksa sebenarnya…walau selama ini hatiku membiarkan sahaja bayangan dia dan kekasihnya mengusik hatiku seadaany a..kubiarkan dan kutinggalkan ia hanya di dalam hati…tetapi baru sekrang aku tahu….bila diuji dengan rindu yang teramat.aku tahu aku tidak pernah mencintainya dengan harapan yang kosong.baru aku sedar bawah aku juga berharap untuk memilikinya..ya cinta yang aku kurasai ini telah menjadikan hatiku berharap untuk memiliknya..terpaksa jugalah aku mengakuinya tanpa berbohong dengan hatiku sendiri bahawa aku memang mengimpikan untuk menjadi seseorang yang istimewa dihatinya..selalu mendapat perhatiannya…memang benar! Dan kini apabila sedar dirinya memang bukanlah untukku..terpaksalah aku lalui juga jalan derita ini..dan kini biarlah kubunuh harapan itu..biar hatiku mengerti,…punca utama kenapa menusia menderita adalah kerana mengharap..biarlah hatiku mengerti..
“aku tidak berniat membuangmu wahai cintaku..tetapi dirimu juga harus bersimpati kpadaku..tidakkah kau pun merasai luka yang sedang menjalar dalam diriku….dan sekali lagi aku hanyut dalam airmataku..apakan daya..walau berjuta kali aku menjauhkan dir darinya..setiap kali dia hadir..cintaku tidak pernah mahu surut….cintaku tidak mahu hilang…tidak sedar berapa lama aku harus begini…air jernih yang sentiasa bergenang dikelopak mata ini berhenti juga….mungkin kolam airmata aku telah kering..rasa sakit dan seksa didada masih terasa tetapi airmata sudah kahabisan..Lantara n itu setiap kali angin yang bertiup membawa ingtanku terhapa dia..aku tetap akan mengutuskan doa agar dia menjadi lelaki yang mulia..walau dengan siapa dia bersama..walau apa jua yang dia lakukan…aku tetap berdoa agar dia dilindungi dari segala kejahatan dan keburukan,,aku tetap mendoakan dia sebagai lelaki yang mulia di sisi Allah….kepada agama dan masyarakat..kerana yang aku cinta padanya bukanlah cinta unutk berdiam dan mendamba belaian mesra daripadanya..padaku aku mahu lebih daripada itu….aku mencintainya untuk terus mendoakannya sebagai lelaki yang mulia,,itu sahaja..itu sahaja yang kau harapkan walaupun jauh disudut hatiku aku tetap terkilan kerana tidak sempat mengukir sebuah cerita cinta dengan lelaki yang telah ditakdirkan cintaku untuknya..aku bertaubat..aku mahu bebas dari sebarang rasa yang hanya membelenggu jiwa..biarlah..biar namanyer tidak mahu padam dari hati ini..aku tetap bernafas juga..tetapi ini tidak bermakna aku akan terus lurus di jalan taubat ini…Ya Allah demiMu aku tetap memohon kekuatan dan petunjuk agar aku akan tetap segera kembali kepadaMu walau sejauh mana telah dunia bawa hatiku berlari…Aku cuba membuang wajah wanita yang menjadi suri hatinya sekrng….walaupun hanya gambar yang kulihat..tapi wajah bahagia terhadap 2 wajah itu tidak mahu padam..aku cuba lupa wajah wanita yang menghiasi taman cintanya..aku juga buang wajah-wajah yang pernah ku kenali….pernah kusayangi..yang pernah menyayangiku..yang telah susahkan aku…aku buang semunya..kukosongkan fikiranku..agar tidak akan dicalari lagi..

Wednesday, April 29, 2009

PeRiHaL kUcInGKU..........





ermm sok aku nak g putrajaya...yang sedihnyer ade kemungkinan besar my lovely cat maybe akan dibuang...ermm cedih aku rasa..puas aku cakap kat my mum jangan dibuang kucing tu but my mum tak nak dengar....aku lak takde kat sini mcm ner nak selamatkan dia dari dibuang..aku pelik tul..mak aku sejak dari awal2 lagi memng bencikan kucing tuh...dan my mum marah betul ngan aku sebab aku bagi kucing tu makan ayam.....sebalum ni selalunya tak penah2 aku ajar kucing-kucing aku makan ayam...tapi entah kenapa dengan yang sekor ni..aku suka betul bagi dia makan ayam..yang pastinya salah aku jugak sampai kucing tu jadi begitu..sampai kalu aku bagi makan ikan pun dia dah tak nak....ermm kesian kucing tuh..umah aku lak takkan la asyik nak makan ayam jerk...bengang la my mum..ari2 cakap ngan aku nak buang kucing tu....aku cedih la....kucing ni baik benor ngan aku..manja betui...aku panggil dia "eow sayang........." hehe sekali jek aku pggil macam tuh..confirm dia akan toleh kat aku..dulu saje2 panggil dia sayang last2 terus lekat...aku memng manjakan dia sampai aku lupa sikap aku tu akhrinya menyusahakan dia..my mum tak nak bela dia sebab takut dia makan anak ayam nnti...alahai kolot tul alasan mak aku...takkanlah dia nk kejar anak ayam lak...selama aku di kampung leh la aku selamatkan dia..tapi bagaimana dengan esok...belum pape lagi mak aku dah sound..aku g je nnti mak aku nak buang kucing tuh..geram jgak hati aku ni...tapi aku pun tak tahu nak wat cam ner...cian eow sayang..dah lah tak cukup kasih sayang..baru je berapa bulan dilahirkan mak dia dah bunting balik..hehe dan yang paling kelakarnyer..dia g kacuk ngan kucing siam sebelah umah aku yang berbulu putih..jadi adik2 tiri "eow sayang" aku ade 3 ekor...2 berwarna putih dan sekor lagi wana kelabu..ermm comei sangat...baru seminggu dilahirkan..dan baru pagi tadi baru aku sempat melawat anak-anak dia ..hehe tu pun bila emak "eow sayang" takde....mak aku cakap jangan tengok masa ibu dia ade,,takut dia bawak lari lak nnti...bengkek je aku dengar mak aku cakap gitu..yang 3 ekor ni dia sayang lak...sian sound aku lagi.." haaa yang ni biar aku jaga..aku bagi makan ikan blis je nnti..." mmag sakit hati aku dengar....jelas dan nyata" eow sayang" aku memang tak lma dh kat umah aku ni....cedih lagi hati aku ni....ermm masa aku ngah tulis blog ni.."eow sayang" aku ade kat kaki aku duk gesel2 badan dia....dia nak suh aku angkat dia duk atas riba....ermm boring la tuh..tadi aku yang kejutkan dia dari tido...ermm aku suka tengok perut dia yang bulat tuh...sebab tulah kalu dia tido kat kusi umah...aku selalu gosok-gosok perut dia..."eow sayang" marah benar aku wat gitu...selalunya dia akan gigit aku..gigit manja gitu...tak sakit pun ...tu lah yang beshnyer gurau-gurau ngan dia aku selalu ketawa melihat reaksi dan gelagat dia.....yang pasti aku tak tahu cam ner nak selamatkan dia dari dibuang....ok aku nak citer lak pasai adik tiri dia yang 3 ekor tuh...mmg comei habis..geram sungguh aku melihatnya....tadi pagi aku amek 3 ekor tuh aku letak tas katil...punyalah garangnyer..kecik2 dah nak marah aku sebab amek diaekor tak tas katil...nasib lah kecik lagi..takdelah aku takut sangat....lama gak aku nyakat 3 ekor adik beradik kecik tuh...hehe..ibu dia pun ngah takde masa tuh..jadi kemain lagi aku main2 ngan deme...........hehe...siap aku tangkap pic lagi....ermm macam tak caya jerk..dulu aku tengok best jerk jiran sebelah umah main ngan anak kucing diorang yang warna putih...2 ekor gak......tak sngka.... pandai lak kucing umah aku g kacuk ngan kucing sebelah umah aku yang wana putih tuh..sedar2 jerk dapatlah aku 2 ekor kucing kampung kacuk kucing siam wana putih..erm bulu dia kembang atau tak..tak tau lak aku...yang aku tahu memng comel habis n garang giler..asyik nak marah aku jerk 3 ekor tuh..aku pegang sikit pun kemain lagi wat suara garang.....hehehe..malam ni aku melawat 3 ekor kucing tu lagi...mula2 aku amek sekor tak tas katil...then aku nyakat la..biar dia takut..haha nak ketawa aku tengok sekor tuh...mmg garang la..wat suara marah gitu..hehe..aku baru nak amek sekor lagi..tak di sangka-sangka ibu dia ade la...terkejut beruk aku....pelagi cepat2 aku letak anak dia yang sekor aku amek itu....aku ketawa sendiri dengan gelagat aku...ermm bengung tul ngan kucing pun takut....
alaaa kalu aku tak g putrajaya kan best...leh aku jaga dan main ngan 3 ekor tuh...then kucing kuning(eow sayang) aku pun takde lah dibuang...ermmm takperlah akku serahkan tanggungjawab menjaga semua kucing itu di tangan mak aku....biarlah dia bela...mungkin bukan rezeki aku kot nak tengok ketiga-tiga kucing comei itu membesar..hehe...macam anak je............erm k lah sudah habis coretan aku mengenai kucing2 dirumah aku...hehehe..................

Tuesday, April 28, 2009

CiNtA tAk SeMeSTiNyA MeMILiKi

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.
Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.
Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.
Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.
Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…
Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….
Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.
Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…
Tapi…
Percayalah pada diri…Selalunya cinta yang kita berikan seadanyaTakkan pernah bertepuk sebelah tangan..

senyum dan tawa............

Aku gembira ……..adakah ungkapan itu cukup bermakna buatku??…yea untuk saat dan ketika ini ungkapan itu benar-benar sesuai denganku…kerana aku terlalu gembira kerana dia yang aku cintai ada disisiku..walaupun bukan sebagai kekasihku tetapi aku hargai keihklasannya …jujur aku katakan sehingga kesaat ini walaupun aku telah mempunyai seseorang yang aku sayangi namun cintaku dan kasihku pada dia tidak pernah hilang walau sedikitpun….kenapa dia terlalu istimewa dihatiku…kenapa aku tidak pernah dapat membuang dia jauh?? kenapa setiap kali dia hadir aku gembira?? senyuman itu hanya dapat aku ukirkan setiap kali bersama dengan dia….ia satu perasaan yang sungguh istimewa….Namun begitu sewaktu aku menatap gambar-gambarnya ketika dia masih bersamaku..hatiku jadi sakit..kecewa…segala perbuatan yang dia lakukan melukakan hatiku…dan persoalan-persoalan lalu berulang lalu “kenapa aku masih mahu berhubung dengan dia..?? sudah lupakah aku perbuatan dia dulu?? Apa lagi yang aku inginkn dari dia….dia sudah memiliki kekasih?? Tidak bersyukurkah aku yang juga mempunyai kekasih hati yang mencintai aku setulusnya??” ……dan persoalan-persoalan itu aku biarkan tanpa jawapan…kerana aku takut untuk mengakui hakikat sesunguhnya aku masih belum mampu membuang cinta dia….akhirnya aku terasa ingin sekali lagi memilih jalan mudah…aku ingin menukar no fon supaya dia tidak dapat mencari aku lagi…tetapi bila aku fikirkan kembali bagaimana dengan dia andainya aku tiada lagi dalam kamus hidupnya.tentunya dia akan membenci aku kerana meninggalkan dia tanpa sebarang pesan….seperti yang pernah aku lakukan sebelum-seblum ini..dapat aku rasakan keperitan hatinya meluahkan rasa hatinya tatkala tidak dapat mencariku..….aku buntu..dia tidak mencintai aku namun masih mahu aku disisinya….sedar tak dia itu melukai hatiku..aku tidak mampu berpura-pura tidak mencintainya lagi dan aku juga rsa bersalah kepada lelaki yang mencintai aku…lalu aku meneruskan sisa hidup ini dengan membawa cinta dia…ermm sampai bila aku harus hidup begini…aku tidak mahu terus membenarkan hati aku mencintainya tapi aku jugak tidak mahu membuang dia jauh….dia benar-benar penting kepadaku….aku benar-benar meyayangi dirinya…aku juga terharu dengan kata-kata dia….betapa pentingnya aku dalam hidupnya…dia mahu aku terus disisinya sebagai seorang kakak…betapa dia menyayangi aku walaupun pelbagai caci maki..kemarahan yang terpendam telah aku luahkan namun dia masih tetap tidak berputus asa dalam menempatkan dirinya sebagai salah seorang yang perlu aku hargai kembali setelah dia menghancurkan kepercyaan aku suatu ketika dulu…aku tahu dia hanya ingin melepaskan rasa bersalahnya kerana banyak menyakiti hati aku dulu…seharusnya aku tidak terus menghukum dia ………….kini entah kali yang keberapa aku menerima kehadiran dia semula dalam diari hidupku tapi aku tidak pasti smpai bila aku akan mampu bertahan…setiap kali memikirkan dia dan kekasihnya…apatah lagi menatap wajah dia dan kekasih hatinya..aku jadi sedih..emosi aku down….apatah lagi segala perbuatan dia kembali aku ingati..saat itu tetiba rasa nyesal datang bertalu-talu kerana terlalu mudah menerima dia….tapi aku cuba menyedarkan diri ku bahwa dia juga tidak minta ini semua berlaku.. .lagu cinta terhalang dari bob..menemani aku saat dan ketika ini. Aku bahagia..terima kasih memberikan aku senyuman itu….

Saturday, April 25, 2009

SeMuA YaNg BeRLaKu AdA SebAbnYa.....

Adakalanya seseorang akan hadir dalam hidup kita dan kita pun sebenarnya tahu yang dia juga telah dimaksudkan begitu. Hadirnya dia dengan beberapa tujuan, menunjuk ajar kita satu pengajaran tentang hidup ini atau pun menolong kita untuk lebih mengenali diri sendiri, siapa kita dan apa yang sebenarnya kita mahukan dalam hidup ini. Kita mungkin juga tidak mengenali siapa sebenar mereka yang hadir dalam hidup kita, tetapi kita telah meletak harapan pada kali pertama lagi, mungkin kerana kita tahu bahawa setiap saat mereka akan mengubah hidup kita, dalam pelbagai cara..
Dan kadangkala sesuatu yang terjadi kepada kita pada masa itu mungkin kelihatan dahsyat, menyakitkan dan tidak adil, tetapi dalam diri kita menyedari bahawa tanpa mengatasi halangan-halangan tersebut kita tidak akan menyedari potensi diri, kekuatan, kuasa, kemahuan atau hati kita sendiri.Semua yang berlaku ada sebabnya. Sedarilah bahawa tiada apa pun akan berlaku secara kebetulan atau kerana nasib. Kesakitan, suka-duka, detik-detik kehilangan yang sebenar dan kebodohan, semuanya berlaku untuk menguji batas jiwa kita. Tanpa ujian-ujian kecil sebegini, hidup ini mungkin akan menjadi seperti suatu perjalanan yang tiada rintangan, jalan yang lurus, leper yang tidak ke mana-mana, selamat dan selesa, tetapi membosankan dan benar-benar tidak berguna serta tidak memberi sebarang makna..Seseorang yang kita jumpa akan memberi kesan kepada hidup kita. Kejayaan dan kegagalan yang kita alami akan menjadikan siapa diri kita yang sebenarnya, dan pengalaman-pengalaman buruk boleh kita pelajari daripadanya. Dan yang sebenarnya mereka mungkin adalah seseorang yang penting kepada kita. Jika seseorang menyakiti, mengkhianati atau melukakan hati kita, maafkanlah mereka kerana mereka telah membantu mengajar kita mengenai amanah dan yang paling penting menjadikan kita lebih berwaspada kepada siapa yang akan kita bukakan pintu hati kita nanti.Jika seseorang menyayangi dan mencintai kita, cintailah mereka kembali tanpa syarat, bukan kerana rasa simpati di atas kecintaan mereka kepada kita, tetapi juga kerana mereka mengajar kita untuk menyayangi dan membuka pintu hati serta persepsi kita terhadap sesuatu perkara yang remeh-temeh. Membuat perhitungan setiap hari dan menghargai semua yang mungkin boleh kita hargai, kerana kita mungkin tidak akan mendapatnya sekali lagi.Berbicaralah dengan orang yang kita tidak pernah berbicara sebelum ini, dan belajarlah untuk menjadi pendengar yang setia.Biarkan diri kita sentiasa penuh dengan perasaan kasih dan sayang, kebebasan dan berpandangan jauh. Teruskan fokus kita kerana semuanya itu berada diatas landasan yang sebenarnyaYakinkan diri sendiri bahawa kita adalah seorang individu yang hebat dan penuh dengan keyakinan dan kemampuan, kerana jika kita tidak mempercayai diri kita sendiri, tiada siapa lagi yang akan mempercayainya.. Ciptakan kehidupan kita sendiri dan kemudian keluar dan tunjukkan kepada dunia dan hiduplah dengan bangganya dengan apa yang telah kita lakukan.
“jika kita mengalihkan pandangan serta menutupi matlamat-matlamat kita, semua yang akan kita lihat nanti sebenarnya hanyalah halangan-halangan belaka”Berkongsilah bersama-sama, bahawa sesuatu yang hadir dalam hidup ini ada sebabnya.

mencintai dan dicintai mana satu pilihan ku....

Kebahagiaan bukanlah sesuatu yang mudah kita kecapi, apatah lagi sekiranya kita mengimpikan kebahagiaan yang sejati sepanjang hidup. Ianya amat sukar, namun bukan bererti tiada langsung peluang untuk kita gapai…..Apabila aku bertemu dengan insan yang benar-benar aku sayangi dan aku mengharapkan seribu kebahagiaan yang mungkin aku perolehi daripadanya, mungkin juga suatu hari nanti dia akan berpaling dan mengecewakan hati aku. Namun, apabila aku dianugerahkan dengan kehadiran seorang insan yang benar-benar menyayangi dan luhur kasihnya pada aku…apa mungkinkah aku juga akan kasih dan sayang akan dirinya?? Bagaimanakah pula nanti sekiranya aku mengecewakannya?? Mahu tidak mahu, aku terpaksa akur, akan lumrah alam percintaan. Pilihan terletak ditangan aku sendiri. Tanyalah pada sang hati, jangan pula ditanya sang selera atau sang nafsu, kerana keduanya hanya memberi janji palsu kepada aku kelak Tentukanlah pilihan yang aku pasti bisa jalaninya…Bak kata pepatah, “Kalau tidak sanggup dilanda ombak, jangan sesekali berumah di tepi pantai ”. Ertinya, andainya aku tidak sanggup menghadapi cabaran jangan sesekali berani mengambil risiko. Keinginan dan apa jua permintaan aku pasti dituruti apabila aku memilih untuk disayangi oleh seseorang. Setiap masa dan ketika, hanya akan ada bayangan aku di dalam benak si pencinta So? Adakah aku mahukan layanan sebegitu? Kalau sudah terdetik kata dihati, “bagus juga disayangi macam ni…..” , teruskanlah dengan pilihan yang ini… Namun, andai kata hati berkata “Boleh ke aku hidup dengan dia??” , Maka hentikanlah daripada terus menerima pilihan untuk disayangi Khuatir nanti, suatu ketika kita akan mengecewakan hati si pencinta pula… Andai terdetik dihati untuk mencintai seseorang yang belum pasti menyayangi kita sepenuhnya dan belum tentu lagi kamu akan tersenarai dalam “list” pilihan hidupnya, bersiap sedialah teman-teman!!! Hahaha…Akan ada beribu rintangan di hadapan kita nanti yang sedia menanti . Namun, andainya kita jenis yang berani mati demi mempertahankan cinta, teruskanlah dengan pilihan kamu. Teruskanlah dengan pengorbananmu itu dan rebutlah cinta yang kamu impikan…..InsyaAllah, ada cahaya yang menanti dihujung perjalanan kita kelak Tiada siapa yang berhak menetapkan pilihan hati kita, semuanya berbalik kepada diri kita sendiri…

itulah cinta................

kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?,ketika kita menangis?,ketika kita membayangkan sesuatu?.Itu kerana hal terindah di dunia ini TIDAK TERLIHAT…Ketika kita menemui seseorang yang keunikannya SEIRING dengan kita, kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan yang dinamakan CINTA.Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan.Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan… Tapi ingatlah…melepaskan BUKAN akhir sebuah dunia, melainkan awal suatu kehidupan yang baru. Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang telah mencari…dan mereka yang telah mencuba. Kerana MEREKALAH yang bisa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka…
CINTA yang AGUNG, adalah ketika kamu menitiskan air mata dan MASIH peduli terhadapnya, adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH menunggunya dengan setia, adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu MASIH bisa tersenyum seraya berkata ‘Aku turut berbahagia untukmu’.Apabila cinta tidak berhasil…BEBASKANLAH dirimu…biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas. Ingatlah… bahawa kamu mungkin menemui cinta dan kehilangannya tapi ketika cinta itu mati, kamu TIDAK perlu mati bersamanya…Orang yang kuat BUKAN mereka yang selalu menang, MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh. Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan, kamu belajar tentang dirimu sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada. HANYALAH penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kau buat. TEMAN SEJATI… mengerti ketika kamu berkata ‘aku lupa..’, menunggu selamanya ketika kamu berkata ‘tunggu sebentar’. Tetap tinggal ketika kamu berkata ‘tinggalkan aku sendiri’. Membuka pintu meski kamu BELUM menutup dan berkata ‘bolehkah saya masuk?’.
MENCINTAI… BUKANlah bagaimana kamu melupakan, melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN. BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu MENGERTI. BUKANlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu RASAKAN. BUKANlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu BERTAHAN. Lebih bahaya mencucurkan air mata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu-sedu. Air mata yang keluar dapat dihapus, sementara air mata yang tersembunyi menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang. Dalam urusan cinta, kita SANGAT JARANG menang.. Tapi ketika CINTA itu TULUS, meskipun kalah, kamu TETAP MENANG hanya kerana kamu berbahagia dapat mencintai seseorang…LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri.
Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang BUKAN karena orang itu berhenti mencintai kita, MELAINKAN karena kita menyadari bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya. Apabila kamu benar-benar mencintai seseorang, jangan lepaskan dia, jangan percaya bahwa melepaskan SELALU bererti kamu benar-benar mencintai.MELAINKAN… BERJUANGLAH demi cintamu. Itulah CINTA SEJATI. Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan DARIPADA berjalan bersama orang ‘yang tersedia’. Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang PALING menyakiti hatimu dan kadang kala, teman yang menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sadari.

kenangan lalu

ape yang aku coretkan di bawah adalah sisa-sisa kenangan dulu...saje aku menulisnya dulu....kini semuanya telah berlalu....membacanye membuatkan aku tersedar pernah suatu ketika dulu aku benar-benar mencintai seorang lelaki namun akhirnya aku sedar cinta itu tidak membawa kemana-mana.....

2 hb 4 2009 khamis

Segala coretan ku kini hanya tinggal kenangan ..sisa penderitaan itu hanyalah tinggal kenangan sahaja kerana aku kini boleh dikataan bahagia dengan pilihan yang aku buat..mungkin dia yang aku cintai akan gembira melihat aku bahagia dengan lelaki lain kerana aku tahu jauh di sudut hatinya dia mahu yang terbaik untukku....dulu aku sedih kerana dalam aku menyayangi lelaki lain tetapi aku tetap mencintai dia...aku sedih kerana tidak dapat meluapkan dia...namun kini apabila aku mula mencintai lelaki lain dan mula melupakan dia yang aku cintai namun perasaan sedih itu tidak hilang....entah kenapa aku sedih memikirkan perasaan cintaku terhadapnya telah beransur-ansur hilang....seolah-olah segala kesakitan yng aku alami sebelum ini hilng begitu sahaja...mana dendam penderitaan aku...??arghh nyata cinta aku terlalu rapuh selama ini..bukanlah terlalu kuat seperti yang aku anggapkan....untuk dia yang mungkin tahu coretan ini aku tujukan untukknya..ketahui lah aku tidak pernah menduga kehilangan perasaan ini terhadapmu...kerana aku benar-benar ingin mencintaimu setulus hatiku...nmaun sayangnya segala apa yang berlaku talah membuat ku kehilangan perasaan itu,,,,aku tahu memang itulah yang selama ini kau inginkan...kau ingin aku pergi jauh darimu...kau ingin aku bahagia bersama lelaki lain....kini aku mungkin telah temui kebahagian itu.....adakah kau turut gembira untukku.....


9 hb 4 2009 khamis

Entah mengapa..semakin aku menyayangi lelaki itu..lebih kerap wajah dia yang aku cinta bermain-main di minda..jujur aku terlalu merindui dirinya.....segala kenangan yang penah tercipta dulu..muncul satu persatu mengingatkan aku bahawa ku pernah terlalu mencintainya.....yer..aku terlalu mencintai dirinya....walau beribu perkataan sayang aku ucapkan pada lelaki itu namun tidak sedikitpun ia dapat menghalang hatiku dari merindui dia...dia sahaja yang aku inginkan..entah mengapa aku harus melalui semua ini...sedangkan dia kini tidak lagi mengingati aku....aku bukan tidak berusaha mencintai lelaki itu namun semakin aku cuba..semakin dia ade dalam fikiran ku....aku tidak pernah tenang menghadapi kemelut perasaan ini.... lalu sebagai jalan penyelesaian aku memilih untuk mengosongkan perasaan aku dan ternyata aku memperolehi sedikit ketenagan untuk berserah kepada tuhan sahaja untuk menentukan nasib dan takdirku dengan lelaki itu...walau aku tahu betapa dia ikhlas menerima dan menyayangi aku seadanya aku namun aku tidak boleh terus menipu diri bahawa aku ingin menyerahkan seluruh kehidupan ku padanya.....


.....pagi ini aku terlalu merinduinya...aku terlalu ingin mengenang kembali pertemuan pertama....segala-galanya begitu indah bagiku....semuanya berkaitan perasaan.....aku takkan melupakan debaran pertemuan pertama yang penah aku rasai sewaktu kali pertama ingin bertemu dengannya.....setiap detik dalam train komuter....adalah debaran yang mengasyikkan....dan debaran yang penuh kegembiraan......mungkinkah dia merasakan apa yang aku rasai sewaktu itu..ermm moga dia juga mempunyai perasaan itu.....andainya dia kembali mencari aku..aku akan menanyakan soalanya itu kepadanya.....kerana debaran itulah.. aku yakin dan pasti sehingga sekarang aku tidak mampu untuk membuang dia jauh dari hatiku...aku tidak pernah merasai debaran itu lagi sehingga sekarang walaupun aku sudah punyai lelaki lain......saat yang mendebarkan tiba jua...stesen bangi....disitulah kali pertama kita bertemu....aku begitu malu untuk melihat wajahmu...namun aku agak terkejut mlihat fizikalmu yang agak kecil...baru aku tersedar mungkin umurmu muda dariku.....namun semuanya telah terlambat..aku benar-benar telah jatuh hati padamu.....dan kita mengabdikan pertemuan pertama di putrajaya....namun semua itu kini hanyalah sisa kenangan yang tak mampu aku lupuskan....dan kini setiap kali mengingati putrajaya..seolah-olah ada satu perasaan yang tak mampu aku luahkan pada sesiapa dan apatah lagi pada dirku.....samada kenangan itu indah atau menyakitkan hatiku...aku tidak tahu....selagi aku boleh aku mahu mengelakkan dari pergi ke dataran putrajaya kerana di situlah terciptanya memori yang merantai hatiku padanya....bagaimana dengan dirimu..entah aku tidak tahu..kau mungkin tidak mengingati lagi pertemuan pertama itu....aku menulis semua ini kerana inilah luahan perasaan ku saat ini yang terlalu merindui kehadirannya dalam hidupku seperti suatu ketika dulu....sekrang sudah bulan 4..bukankah lagi 4 bulan cukup setahun usia perkenalan kita 24 hb 7 dan 2 ogos 2008..ermm tarikh terindah......sekrang aku hanya mampu menghitung hari-hari itu tanpa dirimu lagi....terseksanya hatiku..aku bersama lelaki lain tapi aku mencintai dirimu,,,aku dihimpit rasa bersalah namun aku tidak boleh meninggalkan lelaki itu kerana dia benar-benar memerlukan aku...tapi bagaimana dengan aku..perlukan aku hanya berserah pada tuhan menentukan hidupku..tiadakah ruang untuk aku menemui lelaki lain yang boleh aku cintai menandingi cintaku pada dia...aku tidak tahu....kehilangan dia suatu ketika dulu membuatkan aku tidak berdaya....namun kata-kata pujangga yang menjadi azimatku hingga kini akan sentiasa aku ingati.... “ jika kita merasakan hidup kita ini sudah tiada ertinya apabila kita kehilangan seseorang...janganlah kita melakukakn perkara yang sama pada orang yang mengharapkan kita....demi mereka yang memerlukan kita...kita akan mneeruskan kehidupan ini.... dan inilah jasa terbesar mereka terhadap kita...kerena mereka kita cuba bertahan kerana kita tidak mahu mereka kehilngan kita........”
Aku bukan tidak berusaha mencintainya..tetapi setiap kali aku cuba....aku gagal.....aku hanya mampu menyayanginya tetapi tidak mampu mencintainya...berdosakah aku jika aku meneruskan hubungan itu.....hanya berdasarkan sayang semata-mata....walau aku yakin aku mampu menjadi wanita yang dia inginkan namun redhakah aku dengan ketentuan tuhan ini....ermm setiap kali memikirkanya...setiap kali itu jugak aku teringatkan dia yang aku cintai.......hatiku kuat mengatakan “aku tidak mampu..aku tidak mampu..tuhan berilah aku petunjukmu....” lalu aku memilih menceritakan masalah ku pada Dia yang maha mengetahui lagi maha memahami....lalu aku juga lebih sedar tiada cinta ayang agung selain dari mencintai Dia......walau aku masih tidak dapat jawapan namun hatiku tenang kerana aku masih ada Dia yang ikhlas menyayangi setiap dari hambaNya...........................

Kini mengapa harus ade kekesalan kerana aku tidak berusaha merebut dia dulu...aku biarkan dia terbang bebas sehingga sesekali dia datang dan dan memberikan aku kelukaan demi kelukaan...kenapa tidak dulu aku semai kasih dan sayang aku padanya biar dia sedar yang aku amat mencintainya .....namun akhirnya aku sedar juga..cinta memang tidak boleh dipaksa..samalah seperti aku sekrang..aku hanya mampu menyayangi lelaki itu namun tidak mencintainya..begitulah juga jika dulu aku berusaha merebut hatinya....dia hanya akan mampu menyayangi aku tetapi tidak mencintai aku....tidak..aku tidak mahu seperti itu..aku bukan pengemis untuk mengemis kasih orang terhadapku.....walau aku terlau mencintai dirimu...aku harus terima yang dirimu tidak akan mencintaiku...lalu segala persoalan yang aku utarakan tadi terjawab dengan sendirinya ..lalu untuk apa lagi kekesalan ...ia hanya mainan perasaan.........

Bagaimana dengan persahabatan yang cuba kau bina denganku...bagaimana dengan hubungan adik dan kakak yang cuba kau semai denganku.....setiap kali kau cuba membinanya dan setiap kali itu jgak aku meruntuhkannya....aku tidak pernah mahu menerima niat baik dia.....sekali lagi aku mengadu pada Tuhan.....aku tahu suatu hari nanti dia akan kehilangan rasa sayangnya pada ku apabila seringkali aku mengahncurkan niat baik dia....walau aku takut semua itu akan berlaku tapi akhirnya aku cuba menerima ....dia berhak kehilngan perasaan itu kerana aku yang tidak mahu menghargai peluang yang dia ingin berikan.....lalu terpujuk hatiku dengan kesedaran itu.....Segala yang aku lakukan adalah hanya memujuk hatiku sendiri....untuk menerima kehilngan itu.....walau setiap detik dan waktu aku merinduinya.........


Perasaan yang terbiar....perasaan yang tanpa hala tuju.....

10 hb 4 2009

Pagi ni aku merindui dirinya lagi....entah mnegapa minggu ini..minggu aku merindui dirinya....saat ini aku sedang mendengar lagu menjaga hati....aku ingin menangis kerana terlalu merindui dirinya....tapi airmata ini tidak juga mahu keluar walau hati dan perasaanku sebak dirundung kerinduan yang teramat sangat untuknya....ermm dengan emosi yang stabil ini...apa jua yang ingin lakukan takde mood....entah mengapa pagi ini bila mendengar lagu itu aku teringat pertemuan kedua kami....kami bersama-sama menyanyi lagu menjaga hati....aku tahu dia tidak mungkin mengingati detik itu.....walau aku tahu tidak mungkin kami bersama tapi kenapa aku tetap jua mencintainya,,,tuhan bantulah aku membuang jauh perasaan itu...aku tidak tahu smapai bila aku mampu terus bertahan dengan persaan ini...kesian dia yang menyayangiku..yang mencintaiku....tapi ini yang aku beri...

KENANGAN MENJADI CIKGU.....

Banyak kenangan tercipta….memori di smkps memberikan aku seribu ingatan yang manis bersama teman-teman guru,teman-teman praktikal….dan paling penting bersama anak-anak murid tersayang…jujur aku katakan aku tidak pernah menyangka aku akan melalui tempoh-tempoh praktikal yang manis…..pensyarah yang baik….akak akak guru yang sentiasa membantu dan murid-murid yang baik dan comei….kini praktikal aku sudah habis….bila mengenangkan kembali segala yang telah berlaku..rupanya sudah 4 tahun berlalu..aku kini sudah pun menghabiskan study ku di upsi….dan alhamdulillah segalanya berjalan lancar..dalam 4 tahun yang telah berlalu pelbagai perkara yang telah aku tempuhi…ada manis..ada pahit…ade ase sikit sikit tawar…dan ade juga yang tak langsung tak rasa apa-apa…dan diringkaskan cerita….semua yang berlaku itu telah mengajar ku erti sebuah kehidupan…kita tak semestinya sentiasa gembira..adalanya kedukaan melanda dan yang membezakan kita dengan diri kita yang lalu adalah dengan melihat bagaimana kita menangani setiap permasalahan yang datang..jujur aku katakan..selama berada di upsi…yang paling banyak aku belajar ialah mengenai cinta….di sinilah aku pernah terluka..di sinilah semangat aku pernah hampir hilang semangat kerana cinta dan di sini jugalah terciptanya sebuah persahabatan yang erat antara aku dan kawan-kawan baikku…syem…iena…eani..azah….(group simbiosis yang kini sudah tiada namun….kenangan yang pernah kita berlima lalui sentiasa menjadi pengikat hubungan kita semua….) dan yang paling penting jugak di upsi lah aku mengenali sahabat baiiku..haliza…..yang sentiasa memberikan aku kekuatan dan ketabahan menjalani musim-musim kegawatan hati dan perasaan…hehehe…tapi kawan dia yang sorang ni bukan jenis makan nasihat….papepun aku memang banyak terhutang budi dengan dia…memang tak terbalas la asenya..moga hubungan kami ini akan terus berkekalan walaupun dia telah berkahwin….dan paling best sekarang ini aku dah kena fikir nak cari baju untuk dipakai maa majlis perkahwinan dia nnti..aduhai aku kena jadi pengapit juga….segan betui asenya…tapi as a best friends….sewaktu majlis perkahwinannya aku ingin berkongsi saat-saat gembira itu bersamanya…kerana selepas itu entah bilalah kami akan bersama lagi……
Semalam hari terakhir di smkps padang saujana…..paling aku sedih nak meninggalkan anak-anak murid ku yang ade di kelas 2 ibnu haitam…hari terakhir aku bersama mereka..aku membawa mereka semua masuk ke dewan saujana harmoni….aku memandang seorang-seorang anak muridku…farhan….marwan…asyran..shahriman…..arif fikri..saiful zharif….saiful nizam….adib..anas….dan tiga serangkai yang sentiasa membuatkan volume suaraku meningkat setiap kali memberi arahan…huhuhu….”fateh….iqbal dan sulaiman…keluar buka nota..salin nota saya bagi…..!”ermm kadang-kadang dah tak terlayan karenah 3 serangkai ni…di bilik guru nama 3 orang ni mmg tiptop….nakai..wat bising…tapi bagi aku….tidak pernah sedikitpun aku merasa benci dengan karenah mereka…cara terbaik aku menangani karenah mereka ialah aku buat tak tahu sahaja pada mereka ..aku tumpukan pada students lain….namun siapa sangka sesabar-sabar aku..nak ketwa jugak aku mengingat satu detik yang aku rasa mencabar tangungjawabku sebagai seorang guru…..pengajaranku pada hari itu agak terganggu dengan kebisingan 3 serangkai itu….ditambah dengan aku yang tak berapa nk ade mood nak ngajar…aku mengharapkan pelajar-pelajar aku memberikan kerjasama dengan memberikan perhatian terhadap penjelasan aku mengenai cara membuat karangan jenis dialog atau wawancara…pelajar perempuan tidak memberikan masalah kepada aku..malah sentiasa memberikan aku sokongan sewaktu mengajat..dan kesabaran aku tergugat apabila 3 serangkai itu bising sehingga menganggu pelajar lain yang ingin belajar….aku malu sendiri kerana salah aku tidak dapat mengawal kelas..aku cuba diam…memikirkan tindakan yang ingin aku lakukan seterusnya tetapi hati aku kuat mengatakan mereka ni perlu diajar….. lalu ini yang aku lakukan “ baiklah sekrang cikgu nak kamu keluarkan sehelai kertas..cikgu nak kamu tulis nama seorang pelajar yang kamu tidak ingin dia berada di kelas cikgu pada hari isnin nanti….cepat!” kataku dengan tegas dan muka yang masam mencuka…pelajar perempuan semuanya terdiam…takut-takut memandangku yang sedang dalam kemarahan itu..ku lihat mereka semua mengeluarkan sehelai kertas..aku tahu nama siapa yang akan mereka pilih..tak lain tak bukan..”sulaiman,fateh dan iqbal” tapi kenapa aku Cuma mahu mereka pilih satu nama sahaja..jawapannya tak lain..tak bukan..itu kerana jika merek a bertiga..mereka tidak akan takut….kerana itulah aku hanya mahu seorang nama sahaja…dan mereka semua dikendaki memilih sendiri nama pelajar itu….” Cikgu akan bagi nama yang paling bnyak dipilih pada cikgu halim ok,bersedialah kamu”tambah aku lagi…ku lihat iqba,fateh dan sulaiman..terkebil-kebil memandangku…dalam hati mereka sendiri dah dapat agak nama mereka yang dipilih…aku pura-pura tidak peduli malah muka ku yang masam menambahkan lagi kerisauan mereka..dalam hatiku terdetik.”tau takut nak jumpa cikgu halim…” ermm cikgu halim tu cikgu disiplin…bebudak takut bebenar dengan dia… “ok cepat..cikgu nak kutip…cikgu nk keluar” ujarku dengan tegas..lalu segera aku mengutip kertas-kertas berisi nama pelajar yang mereka tidak mahu dia ade di kelas aku yang seterusnya..setelah itu akku keluar dari kelas….sewaktu aku keluar itu…3 serangkai itu mengejar aku….ku lihat sorang sorang muka mereka….nak gelak ade dengan diorang bertiga ni….comei …kelakar…tapi menyakitkan hati….” Sabar jelah aku….“cikgu..cikgu betul ke nak bagi nama kat cikgu halim?” tanya sulaiman…aku hanya mengangguk….”cikgu..saya minta maaf cikgu..saya tak buat lagi pasni…” dia merayu aku namun aku las buat-buat tak tahu… “ cikgu.saya tahu mesti budak kelas ni pilih nama saya..saya tahu…” ujar fateh pula.. “ aii mana awak tau nama awak…” balas aku sengaja ingin menguji dia..” saya tahu cikgu…diorang tu tak suka kat saya” tambah fateh lagi..dalam hati aku nak tergelak dengar jawapan dia..”oooo tau pun awak diorang tulis nama awak..sebab awak tau kan awak bising….baguslah kalu camtu kan…jumpa jelaj -cikgu halim…sebab cikgu tak tergamak nak pukul kamu..” jawab aku lagi….aku lihat ketiga-tiganya menunjukkan muka sedih..kalu ikutkan hati aku saat itu taktergamak rasanya aku nak menghukum mereka sebegitu rupa..tapi aku hanya s ekadar ingin mereka sedar kesalahan mreka ..membuat bising di dalam kelas sehingga menganngu pelajar lain…dan dihatiku jugak tak berniat pun nak bagi nama mereka pada cikgu halim….fateh ku lihat marah dengan ku…..iqbal hnya diam..Cuma sesekali mencelah memujuk aku…sulaiman pula macam biasalah dengan muka poyo dia tuh..fateh ingin menunjukkan kemnarahannya pada ku…dia meletakkn kertas berisi nama itu keatas tanganku lalu terus pergi..ermmm sedihnya la aku lihat anak murid marah aku sedangkan sebelum ni tak pernah aku bertegas dengan dia…..aku tahu fateh marah denganku…balik bilik guru nama yang paling banyak dipilih ialah sulaiman,,,,aku tanya kak yu patutke aku buat macam tu…dan kak yu nasihatkan aku bagi diorang peluang lagi…masuk dalam kelas nnti just bagitau nama yang diplih dan minta dia berubah..kalu buat lagi baru ambil tindakan…..aku setuju dengan kata0-kata kak yu itu…lalu keesokan harinya aku masuk ke kelas mereka lgi….ku lihat fateh hanya diam….sulaiman juga begitu…namun masih lagi menegur aku..bertanyakan apa yng tidak difahami… namun fateh terus merajuk…langsung tidak mahu bercakap dengan aku….sepatah aku tanya sepatah dia jawab….walaupun begitu aku gembira sekurang-kurangnya dia sedar apa kesalahan yang dia lakukan sebelum ini….tapi agak janggal jugaklah dia diam je sepanjang kelas ku..selalunya dialah yang selalu membuatkan aku ketwa dengan coletehnya yang kelakar tu….dan lama-kelamaan aku pun dah lupa peristiwa itu.,,,fateh juga dh mula ingin bercakap dengaku….setiap arahanku dia ikut..aku suruh salin nota.,dia salin..aku suruh siapakn ringkasan dia siapakn….pendek kata dia tidak lagi berbuat bising Cuma sesekali aku perlu menegur bila pelajar yang lain pula berbuat bising…apapun kesimpulannya aku syang kelas 2 ibnu haitam….umi..yusra..aifa…hamizah..ain…wawa…syaika….aton…zura..syafieka…rosnah…ermm nama –nama pelajar perempuan yang sentiasa memberikan aku semngat untuk mengajar..dan aku juga takkan lupakan 2 pelajar ini iaitu marwan dan farhan…yang sentiasa membuatkan aku tension kerana suka bertanyakan aku soalan-soalan apa yang aku ajar….walaupun begitu tanpa merea tentunya aku takkan sedar banyak kekurangan aku dalam mengajar…mereka mengajar aku supaya lebih bersedia setiap kali masuk ke kelas…ilmu perlu ada supaya aku dapat menjawab soalan yang mereka utarakan..ermm kalu tidak..hehe..inilah ayat mudah aku “ ok..solaan kamu tu cikgu jawab esok yerkk nnati cikgu tnya ngan cikgu yuhana dulu..”hihi..ayat melarikan dirilah la tu..jangan tak tahu….dan esoknya kalu sempat tnya kak yu..baru aku akan terangkan semula pada mereka…aduhai rindunya pada anak-anak muridku….hari last semalam….aku terharu dengan mereka semua..mereka semua sanggup masuk lambat ke kelas dan bersedia dimarahi oleh cikgu lin..(huhu…cikgu paling garang yang penah aku jumpa)…. “ala cikgu…takp kami masuk lambat….kami sanggup kena marah…cikgu lin mesti faham yang kami nak bersama dengan cikgu..ari ni kan ari last cikgu kat sini…boleh lah cikgu..kita main rebut kerusi kejap jerk….” Ujar fateh..sedih aku dengar dia cakap mcm tuh… pelajar –pelajar lain mengangguk memandang aku.”ok..ok kita main sekejap jer..dah lambat ni kang kamu kena marah dengan cikgu lin..lambat masuk kelas dia…” ujar aku..lalu mereka semua menyusun kerusi dan membuat bulatan…kami bermain rebut kerusi seketika dan ku lihat murid-muridku gembira di hari terakhir bersamaku….dan setelah itu kami semua bersalaman dan berpelukan..airmata aku menitis jua sewaktu umi memeluk aku erat..aku tau dialah pelajar yang paling sayangkan aku….begitu juga aku…dialah pelajar perempuan yang paling aku sayang….kerana sentiasa memberikan perhatian terhadap apa yang aku ajar……..ermm panjangnya aku bercoleteh..tu baru kisah aku dengan budak form 2 belum lagi kelas 4 AB yang aku ajar..ermm

Wednesday, April 8, 2009

hari baru..blog baru.........

buat blog baru ni..ikut arahan ustaz pamie yang aku tak kenal pun....hahaha.....pe pun adios utk tunjuk ajar tak rasmi yang telah aku baca dalam blognyer...hihi............